Berita

“Terasa Pahitnya Meninggalkan Anak Di Rumah…”- Selepas 2 Bulan, Linda Onn Kembali Bekerja

gempak
Syafiqah Jalal
15/05/2020
06:39 MYT
Sponsor Banner
“Terasa Pahitnya Meninggalkan Anak Di Rumah…”- Selepas 2 Bulan, Linda Onn Kembali Bekerja
Penyampai radio, Linda Onn akui akhirnya dia merasakan seperti mencapai kebebasan apabila dapa keluar rumah bekerja.
Pun begitu, Linda berkata agak berat meninggalkan anaknya, Ungku Zara Ungku Azhar, 2, selepas dua bulan bersama anaknya di rumah.
“Memori 12 Mei 2020.
“Bertahun kita kecapi kebebasan. Tak pernah sebegini kita hargainya.
“Setelah dua bulan Linda duduk rumah tak kemana demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya 12 Mei, Linda kembali bertugas di @koolfmmy .
“Waktu ni terasa indahnya alam sekeliling, indahnya memandu, pahitnya meninggalkan anak di rumah, indahnya sebuah kebebasan.
“Kamu semua dah mula kerja? Atau masih bekerja di rumah? Apa pun, stay safe. Semoga wabak ini segera terhapus ya,” katanya.
Linda meluahkan rasanya itu di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu Linda mendedahkan dia mengalami serangan panik (panic disorder) sejak PKP dilaksanakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live