,
Laman Utama

Terbuka Untuk Kembali Bercinta, Shila Amzah Letak Syarat: “Saya Akan Lebih…”

Izwan Isa
14/09/2022
00:50 MYT
Penyanyi Shila Amzah mendedahkan yang dia tidak akan pernah berhenti untuk berhubungan dan mencari cinta sejati.
Sungguhpun menerima cinta dengan hati terbuka, namun, penyanyi berusia 32 tahun itu berkata, dia tetap akan berhati-hati jika ditakdirkan bertemu jodoh pada suatu hari nanti.
“Jika ditanya pada mana-mana manusia sekalipun berkenaan dengan perkahwinan, perhubungan, untuk memiliki anak sekalipun, kita tidak akan pernah bersedia. Sebab benda-benda itu sukar untuk dijangka.
“Contohnya, kamu bersedia untuk bertemu dengan orang A, namun yang datang kepada kamu orang B. Jadi bagaimana? Bagi saya, tertakluk pada prinsip dalam hidup iaitu bukan semua orang sama.
“Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada Gempak.
Walaupun perlu berhati-hati dalam perhubungan, ia tidak membuatkan Shila berhenti daripada menjalinkan hubungan cinta.
“Sebab saya suka dilamun cinta! Berada dalam alam percintaan memberikan rasa yang sangat indah. Tapi sudah tentu ia datang dengan halangan juga kan.
“Saya ada banyak cinta untuk dikongsikan dan ia membuatkan fikiran kita hidup,” katanya.
Sebelum menutup bicara, Shila menjelaskan yang belum sampai waktunya untuk menamatkan fasa solo sebagai seorang ibu tunggal.
“Kalau nak katakan saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible… no, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single,” katanya sambil tertawa.
Untuk rekod, Shila dan bekas suaminya Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.
Namun, jodoh bersama tidak panjang, Shila mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya Haris Idraki Elias, pada awal Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Mesra Berpegangan Tangan Dengan Jefri Nichol, Ameera Khan Temui Cinta Di Jakarta?

gempak
14/11/2024
21:55 MYT
Nama pempengaruh Ameera Khan kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas tular video manis nya bersama aktor Indonesia, Jefri Nichol.
Hiburan

Sufi Rashid, Isteri Timang Cahaya Mata Sulung, Beri Nama Sabreen Aleyna - "Rasa Excited, Pemberian Allah Terbesar"

gempak
14/11/2024
06:41 MYT
Penyanyi dan usahawan Sufi Rashid dan isteri, Nurulain Md Yusof, memanjatkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata sulung pada 12 November lalu.
Berita

Sangsi Anak 'Terlalu Cantik' Lelaki Buat Ujian DNA

gempak
14/11/2024
05:25 MYT
Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Unitar