Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri membuat kejutan dengan menghadiri acara Hujung Minggu bersama Didi & Friends.

Istimewanya lagi, beliau juga turut meluangkan masa beramah mesra dengan ibu bapa dan anak- anak yang sedang menyanyi bersama Didi & Friends.

Malah rata-rata pengunjung yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama beliau.

Acara Hujung Minggu Bersama Didi & Friends yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur ini merupakan anjuran Astro dengan kerjasama Warnakala Studios.

A post shared by Didi & Friends Malaysia (@didiandfriends_malaysia)


Acara yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Jun ini disambut meriah dengan kehadiran para peminat siri animasi yang bersiaran di saluran Astro Ceria ini.

Pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama Didi & Friends antaranya pertandingan dengan hadiah-hadiah menarik dan juga persembahan.

Hari ini merupakan hari terakhir dan penutup kepada Acara Hujung Minggu Bersama Didi & Friends.

Terima kasih Perdana Menteri kerana hadir memberikan kejutan dan meninggalkan kenangan manis buat peminat Didi & Friends.

Saksikan siri animasi Didi & Friends di Astro Ceria (saluran 611) atau strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.