Laman Utama
Terima DM Alat Sulit, Janna Nick Lebih Matang Hadapi Lelaki ‘Gatal’
Selebriti Janna Nick mendedahkan dia telah menerima banyak gangguan daripada lelaki terutama berbaur lucah menerusi direct message (DM) di akaun Instagram miliknya.
Namun Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bersikap lebih matang untuk tidak mempedulikannya dan menganggap ia lumrah hidup sebagai seorang selebriti.
“Sebagai seorang selebriti, terima gangguan serta godaan dari lelaki ini biasa, ia terpulang bagaimana kita hendak melaluinya.
“Biasanya saya akan tolak dengan cara baik dan tidak melayan kerana ia tidak akan jadi jika kita tak melayan.
“Jujur cakap, kalau saya buka atau baca DM, memang banyak benda pelik-pelik. Ada ‘siput sedut’ (alat sulit). Semua ada.
“Tapi terpulang kepada kita nak ulang siar (repost), nak tularkan atau sebagainya. Saya pula memilih untuk tidak mengendahkannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Janna ditemui ketika pelancaran single Gatal yang berlangsung di The Bee, Publika, semalam.
Mengulas lanjut, Janna mendedahkan dirinya pernah diganggu lelaki kurang siuman sehingga diekori ke depan rumah.
“Saya pernah diekori seorang lelaki yang menunggu di depan rumah saya dari jam 8 malam sehingga jam 4 pagi.
“Rupanya lelaki itu yang selama ini DM saya dengan benda-benda pelik berulang kali.
“Nasib baik selama ini saya tidak pernah berjalan seorang diri dan biasanya berdua atau ramai,” kongsinya lagi.
Lagu Gatal terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Januari yang lalu.Manakala video muzik rasmi boleh ditonton di saluran YouTube Janna Nick bermula malam Rabu.
Janna pernah menghasilkan single berjudul Akan Bercinta yang menjadi lagu latar drama adaptasi Coffee Prince yang hangat sekitar tahun 2017
Must-Watch Video