Sasterawan Negara, Datuk Seri A. Samad Said berkata elaun penghargaan sebanyak RM5,000 yang diberikan kerajaan dapat membantu meringankan beban penggiat seni, lapor AWANI.
Katanya, bantuan itu boleh digunakan para sasterawan untuk membeli bahan bacaan dan terus menyuburkan sumbangan mereka kepada negara.
“Tentunya itu berguna bagi saya, setidak-tidaknya sebahagiannya (duit) saya boleh guna untuk membeli buku.
"Buku mahal sekarang dan sebahagian lagi untuk gerakan saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Terbuka Meraikan Penggiat Seni dan Sastera di sini, pada Selasa.
Terdahulu sebelum ini, kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 sebulan kepada Kementerian Pendidikan bagi pembiayaan elaun penghargaan secara bulanan kepada 7 Sasterawan Negara.
Mereka ialah Datuk Seri Dr A. Samad Said; Profesor Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh; Datuk Noordin Hassan; Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan; Datuk Dr Ahmad Khamal Abdullah; Datuk Dr Baharuddin Zainal; dan Datuk Dr Zurinah Hassan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata bayaran bulanan RM5,000 akan dibayar mulai Jun 2019 dan akan diteruskan pada tahun seterusnya.
Ditanya mengenai tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan pembayaran elaun tersebut sebagai satu pembaziran, beliau berkata, ia terpulang kepada individu tersebut untuk menilai amaun itu.
“Bagi mereka yang mempunyai wang, jumlah itu adalah kecil, (dan yang kurang berkemampuan), duit seperti besar. Apa paling penting adalah ingatan bahawasanya keselesaan yang diberikan demi orang yang mencipta seni,” ujarnya.
Justeru itu, beliau melahirkan ucapan terima kasih terhadap inisiatif tersebut dan berharap usaha demikian boleh diteruskan pada masa hadapan dalam usaha membela nasib penggiat seni.
Sumber : Astro AWANI
Asraf Aided
Wed Jul 03 2019
Bertengkar Dengan Suami, Ibu Buang Anak OKU Dalam Sungai Penuh Buaya
Seorang wanita yang juga ibu sanggup berlaku kejam terhadap anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU)
Delulu Bukan Lagu Ara Johari Sindir Sesiapa! - "Ia Bawa Mesej Ringan, Sekadar Hiburan"
Ara tampil dengan lagu baharu.
"Itu Bukan Rambut Saya" - Yuna Perjelas Salah Faham Konsep Rambu-Ramba Keluar Tudung
Tanda tanya netizen akhirnya terjawab selepas Yuna tampil memberikan penjelasan mengenai helaian rambu ramba yang kelihatan di tudungnya semasa menjadi wajah muka hadapan untuk sebuah majalah..
Iqbal Zulkefli Takkan Pulangkan Anak Angkat Kepada Keluarga Kandung - "Tapi Saya Takkan Pisahkan..."
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Iqbal Zulkefli bertegas untuk tidak akan memulangkan anak angkat yang dijaganya, Ahmad Ziyad kepada keluarga kandungnya.
Yang Di-Pertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal Meninggal Dunia Di IJN
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, 69 tahun dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada jam 11.46 pagi tadi.
Mahalini, Rizki Febian Selamat Diijabkabul, Kini Bergelar Suami Isteri!
Pasangan popular Indonesia, Mahalini dan Rizky Febian telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada awal pagi Jumaat di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia.
Alami Kontraksi Selama 2 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Beranak Dalam Kereta
Setiap ibu mengandung pastinya menginginkan kelahiran yang sempurna bagi cahaya mata yang bakal tiba. Akan tetapi, lain pula ceritanya bagi seorang ibu ini apabila dirinya didapati melahirkan anak di dalam kereta.
Hisyam Hamid Belum Sedia Ulas Status Cerai - "Siapa Yang Perasan Tu, Perasanlah"
Pelakon Hisyam Hamid masih belum bersedia mengulas status bersama isterinya, Rosmawati Hanafi atau Mel selepas timbul dakwaan rumah tangga mereka sedang bergolak.
Faisal Halim Lebih Ceria, Dah Mula Berjalan
Rakyat Malaysia menarik nafas lega selepas mendapat perkhabaran positif mengenai penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim.