Laman Utama

“Terima Kasih Bagi Peluang” - Bekas ‘Mat Despatch’ Tak Lupa Asal Usul, Nabil Ahmad Mahu Fokus Bidang…

gempak
Hanafis Haris
17/08/2021
12:28 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Bagi Peluang” - Bekas ‘Mat Despatch’ Tak Lupa Asal Usul, Nabil Ahmad Mahu Fokus Bidang…

Pelawak dan pengacara Nabil Ahmad menyifatkan perjalanan kariernya yang bermula sejak 2008 merupakan satu momen cukup indah.

Menurut Nabil, siapa sangka bermula hanya sebagai penghantar surat atau ‘mat despatch’, dia kini sudah diberi peluang untuk melakukan banyak perkara termasuklah mengendalikan program besar.

“Daripada pertandingan Raja Lawak pada 2008 hingga sekarang, perjalanan yang sangat amazing.

“Sejak 2008 lagi Astro sudah beri peluang orang seperti saya yang dari kampung. Daripada nobody, Alhamdulillah menjadi somebody,” katanya.

Jelas Nabil, selepas mengendalikan banyak program dan acara, dia kini mahu memfokuskan kerjayanya ke arah pengarahan filem.

“Untuk karier now saya mahu lebih fokus kepada kepada pengarahan filem dan penulisan skrip.

“Lagi sekali saya terima kasih kepada Astro bagi peluang untuk saya berkarya sendiri. Sejak hari pertama sampai sekarang bagi peluang khususnya orang seperti saya yang not so good.

“Secara jujurnya, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan banyak support saya dan sentiasa di belakang saya, bagi peluang,” katanya.

Nabil berkata demikian ketika sidang media kempen Hari Kemerdekaan Astro serta ulang tahun Astro ke-25.

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa setia bersama, Astro bakal melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100 yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau termasuklah judul terkini, filem pecah panggung dan seleksi dokumentari.

Semuanya bakal bermula 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO.

BACA: Tema #KitaTeguhBersama Pilihan Astro Sempena Kempen Hari Kemerdekaan! Turut Lancar ‘Astro 25’ Di Saluran 100!

Sekadar info, karier Nabil bermula selepas dia memasuki pertandingan Raja Lawak musim kedua yang mana dia telah diangkat sebagai juara dalam rancangan pencarian bakat komedi berkenaan.

Dalam bidang pengacaraan, Nabil sudah mengendalikan beberapa program besar seperti MeleTOP, Anugerah Industri Muzik ke-20, Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Planet Muzik 2014, Festival Filem Malaysia ke-27 dan Gegar Vaganza.

Terbaru, Nabil muncul dengan filem sulung arahannya, Mat Bond yang telah ditayangkan di Astro First pada 20 Julai lalu.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live