Filem lakonan hebat Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Polis Evo 2 (PE2) berjaya mencipta sejarah tersendiri selepas berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta menerusi tayangan hari pembukaan.

Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw, Surya Citra Media (SCM) dan produksi oleh BlackFlag ini boleh ditonton di 146 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

[ KUTIPAN PEMBUKAAN #PolisEvo2 ] TERIMA KASIH BOH!! #PE2 telah meraih kutipan RM3.5 juta menerusi TAYANGAN HARI PEMBUKAAN!!!!. Jom boh, kita ke balai pawagam yang berdekatan semarakkan semangat #PE2 ✊✊✊ JAGA-JAGA BOH! ?? #PolisEvo2 KINI TELAH MEMBUKA KERTAS SIASATAN DI 146 BALAI PAWAGAM SELURUH MALAYSIA?? & BRUNEI ?? #PolisEvo2 #PE2 #JanganKejutHarimau #SkuadPolisEvo #PE2 #JagaJagaBoh

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

PE2 juga akan ditayangkan di Singapura bermula dengan tayangan awal pada 23, 24, dan 25 November ini.

Manakala tayangan rasmi di negara berkenaan adalah pada 29 November depan.

Selain Sam dan Zizan, filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew ini menampilkan wajah-wajah baru yang tidak kurang hebatnya seperti Raline Shah, Hasnul Rahmat, Erra Fazira, Soffi Jikan, Syafie Naswip dan Hairul Azreen.

Apa tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang dan sama-sama saksikan pertempuran Polis Evo 2 di pawagam!

Jaga-jaga boh!

Foto: Instagram @astroshaw