Laman Utama
“Terima Kasih Dato K & Dato CT, 'Kekgi Kite Gateh' Skali Deh…” – Azizul Hasni Awang Singgah Rumah Siti Nurhaliza Sebelum…
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sempat berkongsi momen istimewanya bersama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Seri Khalid Mohamed Jiwa.
Difahamkan Azizulhasni menerima undangan daripada Siti dan Khalid ke kediaman mereka sebelum berangkat pulang ke Melbourne, Australia.
Menurut Azizulhasni yang terkenal di seluruh dunia dengan jolokan ‘Pocket Rocket Man’ itu, semasa di kediaman Siti, beliau dijamu dengan hidangan lazat.
Namun apa yang membuatkan beliau terkesima apabila melihat koleksi basikal antik yang amat sukar didapati milik pasangan suami isteri tersebut.
Azizulhasni juga sempat membuat panggilan video kepada isteri dan anaknya di Melbourne bersama Siti dan Aafiyah.
“Terima kasih kepada Dato K dan Dato CT kerana mengikuti dan menyokong perjalanan karier saya serta juga layanan istimewa ketika berkunjung ke rumah.
“Di doakan agar dimurahkan rezki dan dirahmati oleh Allah selalu dan hubungan silaturahim ini akan terjalin erat selamanya. Insyaallah kekgi kite gateh skali deh, kite pakak kabak Genting Perez,” katanya.
Selain berkunjung ke rumah Siti dan Datuk K, Azizulhasni juga berkesempatan melawat Hospital Tunku Azizah (Rumah Ronald McDonald) yang menempatkan penginapan sementara ibu bapa kepada anak-anak kecil yang menghidap kanser.
Beliau melakukan lawatan tersebut bersama sahabat baiknya, pendaki Malaysia pertama menakluk Gunung Everest, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih mesra dipanggil Qobin.
Must-Watch Video