Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin kini mendahului undi kedudukan pertama dari 8 negara Asia Oceanic bagi undian pemilihan ke Polar Fjallraven 2019, Ekspedisi Luncur Salji sejauh 300KM di Lingkaran Kutub Utara.

Sehingga jam 7 pagi tadi, undian Qobin sebanyak 12559 undi berbanding pencabar dari negara jiran, Indonesia yang menduduki tempat kedua dengan 12488 undi.


"Saya perlu konsisten dan ingin terus berada di depan melalui undian semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia bagi merealisasikan impian membawa nama Malaysia dan Asia Oceanic ke Polar Fjallraven nanti.

Qobin dalam pada itu turut berterima kasih kepada individu yang telah mengundinya dan tokoh penting negara yang banyak membantu serta mengundinya.


"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan saya termasuklah rakan-rakan atlet dan artis terkenal seperti Datuk Siti Nurhaliza, Caprice, Azizulhasni Awang, Mat Redho dan ramai lagi yang membantu menguar-uarkan kepada semua untuk meningkatkan undian kepada saya," tambahnya.

Sementara itu, hari undian masih berbaki 14 hari sebelum ditutup pada 13 Disember.

Mari ramai-ramai berikan sokongan kepada Qobin untuk sekali lagi mengharumkan nama Malaysia, undian boleh dibuat menerusi https://polar.fjallraven.com/contestant/?id=4987