Pengarah dan penerbit popular, Michael Ang mengakui bersyukur apabila drama bersiri Sweet Dreams arahannya menerusi slot Megadrama yang mula ditayangkan semenjak awal minggu ini menerima pujian penonton.

Menerusi entri di Instagram (IG), Michael menjelaskan dia cuma melakukan yang terbaik dalam mengarahkan drama tersebut namun yang membuatkan jalan cerita tersebut nampak menyerlah disebabkan oleh penulis novel, Acik Lana.

"Salam semua! Nak bagitahu youu yang I banyak-banyak terima kasih dengan segala pujian you all bagi cakap I pandai buat cerita tapi sebenarnya yang pandai ada lah @aciklana sebab cerita ni originalnya dari novel Sweet Dreams by Acik Lana!

"Jalan cerita dan character semua dari novel tersebut dan ciptaan Acik Lana cuma saya dan scriptwriter memvisualkannya!

"So kalau you nak tahu cerita lebih mendalam pergi dapatkan novel Sweet Dreams dekat kedai jangan jadi macam #setelahterlafaznyakad bila nak beli dah sold out!

"Sekarang pun novel Sweet Dreams di tangga pertama novel paling laris dekat popular books! Love you all," tulisnya.

Salam semua! Nak bagitahu u yg I banyak banyak terima kasih dgn segala pujian u all bagi cakap I pandai buat cerita tapi sebenarnya yg pandai ada lah @aciklana sebab cerita ni originalnya Dari novel Sweet Dreams by Acik Lana! Jalan cerita Dan character semua Dari novel tersebut Dan ciptaan Acik Lana cuma saya n scriptwriter memvisualkannya! So kalau u nak tahu cerita lebih mendalam pergi dptkan novel Sweet Dreams Kat kedai jgn jadi mcm #setelahterlafaznyakad bila nak beli dah sold out! Sekarang pun novel Sweet Dreams do tangga pertama novel paling laris Kat popular books! Luv u all!!!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on



Drama bersiri ini menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen dan ia diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.



Saksikan empat episod pertama Sweet Dreams di laman YouTube Astro Gempak!