,
Laman Utama

“Terima Kasih Kepada Ibu Bapa Yang Dulu Beli Kaset Kami”- 27 Tahun Dalam Industri, Raihan Terharu Masih Diingati

Syafiqah Jalal
21/02/2023
13:00 MYT
Kumpulan nasyid popular era 90-an, Raihan terharu kerana masih mendapat sokongan dari peminatnya yang meminati mereka sejak 27 tahun mereka menapak dalam industri seni muzik ketuhanan.
Malah Raihan melahirkan rasa syukur kerana dapat mengadakan persembahan pada Konsert Garis Masa Raihan yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, pada Sabtu.
“Saya terharu melihat sokongan pada malam ini. Terima kasih kepada ibu bapa anda yang dulu telah menyokong kami dengan membeli kaset pada waktu itu.
“Malah saya terharu apabila ada pengikut muda yang turut mengenal kami dari generasi terdahulu. Terima kasih kami ucapkan,” kata salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar.
Abu Bakar berkata demikian ketika menjayakan konsert berkenaan bersama dua lagi ahli Raihan yang tinggal iaitu Che Amran dan Amran Ibrahim.
Raihan mendendangkan sebanyak 21 buah lagu ketuhanan popular mereka kepada lebih 3,000 penonton yang hadir.
Persembahan Raihan benar-benar dapat mengembalikan kenangan dan nostalgia lagu-lagu mereka yang popular sebagai kumpulan nasyid dikenali dan menjadi fenomena satu ketika dahulu.
Antara lagu popular yang disampaikan hingga membuat seluruh dewan turut menyanyi bersama adalah seperti Puji-Pujian, Demi Masa, Peristiwa Subuh dan Allahu.
Malah dari awal hingga akhir penonton teruja untuk sama-sama berhibur sambil mendekatkan dengan ajaran Islam menerusi lagu-lagu seperti Sifat 20, 25 Rasul, 10 Malaikat dan Sesungguhnya.
Raihan bagaimanapun menutup konsert dengan menghadiahkan lagu Iman Mutiara yang popular sejak tahun 1996 sehingga membuatkan Stadium Malawati bergema dengan nyanyian penonton.
Sekadar info, Konsert Garis Masa Raihan diadakan sempena 27 tahun penubuhan kumpulan tersebut.
Difahamkan, kali terakhir Raihan mengadakan konsert berskala besar di tanah air pada tahun 2000.
Konsert Garis Masa Raihan juga merupakan persembahan berskala mega pertama dalam negara kumpulan itu tanpa disertai bekas penyanyi utamanya iaitu Ustaz Nazrey Johani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
the-chosen-one-musim-2

“Selepas Nama Disebut Jadi Juara, Saya Sebak Lihat Reaksi…” - Kiki Fateha Luah Rasa Terharu, Ingat Pesan Ibu

gempak
09/11/2024
11:55 MYT
Juara The Chosen One 2024, Kiki Fateha meluahkan rasa gembira kerana mampu membuatkan ibunya tersenyum bangga atas kemenangan yang dimilikinya.
Hiburan

"Momen Ambil Scroll Paling Diingati" - Wan Najdi Terkejut Menteri Kenal, Sempat Bersapa 10 Saat Di Pentas Konvokesyen!

gempak
08/11/2024
23:46 MYT
Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, Wan Najdi tergamam ketika disapa Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek ketika Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Ke-14 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 November lalu.
Hiburan

“Dengan Umur Saya Ketika Itu…”- Rizal Rasid Pilih Jadi Penyanyi, Sanggup Berhenti Kerja Sebagai Pramugara

gempak
26/10/2024
08:55 MYT
Penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid mendedahkan dia sanggup berhenti kerja sebagai pramugara untuk mengejar cita-citanya menjadi penyanyi.
Hiburan

Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan

gempak
21/10/2024
11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
Hiburan

"Tak Salah Impikan Anugerah Oscar, Jangan Perlekeh Anugerah Tempatan" - Rosyam Nor

gempak
15/10/2024
23:55 MYT
Pelakon tersohor, Datuk Rosyam Nor beranggapan tidak perlu masyarakat bersikap pesimis seandainya ada individu yang memasang impian tinggi termasuk mahu menggenggam trofi Oscar.
Unitar