gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berang Lagu 4U2C Dimuat Naik Tanpa Izin Di Platform Digital, AC Mizal Tuntut Penjelasan Man Senoi - “Keluarkan Suara Kami, Kau Jual Instrumental”
VIRAL
Wanita Didakwa Simpan, Sebar Gambar Lucah Cikgu
BERITA
Pelancong AS Puji Makanan Malaysia Lebih Sedap, Murah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Terima Kasih Tungkus Lumus Padam Kebakaran Hutan ..." - Siti Nurhaliza Hargai Pasukan Bomba Pahang, Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan

Amri Hassan
Amri Hassan
29/03/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
"Terima Kasih Tungkus Lumus Padam Kebakaran Hutan ..." - Siti Nurhaliza Hargai Pasukan Bomba Pahang, Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan
Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan penghargaan kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran hutan di Pekan, Pahang.

BERITA TRENDING: Fizie Santuni Abang Bomba Di Lokasi Kebakaran Hutan Di Pahang - "Bayangkan Panas, Puasa Mereka Tetap Komited Dengan Operasi"

Beliau mengucapkan terima kasih khasnya buat anggota JBPM yang terlibat memadam kebakaran di Ops Cenderawasih di Pekan sejak awal Ramadan ini sehingga 23 Mac lalu.

"Terima kasih kerana bersiap sedia berkorban masa dan tenaga untuk memastikan rakyat dalam keadaan selamat dan terima kasih kerana bertungkus lumus memadam kebakaran hutan yang berlaku," katanya.

Sehubungan itu, Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan berupa kotak makanan Sumbangan Nur Muhammad kepada 150 anggota terpilih yang disalurkan melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (PERISMA) Pahang.
View this post on Instagram
A post shared by PERISMA PAHANG (@perisma_negeri_pahang)
“Kami berharap bantuan Yayasan Nurjiwa ini dapat meringankan dan memberikan kegembiraan kepada anggota bomba terlibat," katanya yang juga Pengasas dan Pengerusi Bersama Yayasan Nurjiwa.

BERITA TRENDING: Ara Johari Cemas, Ular Sawa Batik Buat Cubaan ‘Tumpang’ Masuk Kereta - “Terima Kasih Abang Bomba, Walaupun Tengah Nak Sahur…”

BERITA TRENDING: Sebak! Adik Sambung Legasi Arwah Abang Jadi Wira Merah, Kenang Tragedi 6 Bomba Lemas 7 Tahun Lalu

Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh berkata, bantuan berkenaan sudah diserahkan kepada semua petugas yang terlibat pada operasi di Cenderawasih, Pekan dalam satu majlis serahan di Balai Bomba dan Penyelamat Pekan pada Rabu lalu.
"Setinggi penghargaan buat Yayasan Nurjiwa atas keprihatinan dan pada pihak kami ia sangat bermakna lebih-lebih lagi menjelang sambutan Syawal tidak lama lagi," katanya.
Pada majlis berkenaan Suraya menyerahkan bantuan berkenaan kepada Pengarah JBPM Pahang Mohd Razam Taja Rahim untuk diagihkan kepada 150 anggota yang dikenalpasti.
Mohd Razam turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Nurjiwa dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan kepada anggotanya.
"Terima kasih atas sumbangan dan penghargaan ini, untuk makluman Alhamdulillah kebakaran hutan di Pekan sudah dikawal sepenuhnya pada 23 Mac lalu," katanya.
Turut hadir pada majlis serahan itu ialah Timbalan Pengarah JBPM Pahang Wan Ahmad Fadillah Wan Abdul Rahman, wakil Ketua Zon 1, pegawai-pegawai Kanan serta ahli-ahli Perisma Pahang.
Terdahulu, pada 16 Mac lalu penyampai radio Fizie Roslan bersama Hasmah Mohamad menerusi program Setulus Kasih Ramadan Mammy Mineral Essence turut meluangkan masa berbuka puasa bersama anggota bomba terlibat di lokasi kebakaran berkenaan.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Viral
#Siti Nurhaliza
#Kebakaran
#Bomba
#Sumbangan
#Hutan
#Biduanita
#Yayasan Nurjiwa
#Ops Cenderawasih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement