Laman Utama

“Terima Kasih Untuk Segalanya” - Elyana Beri Respons Terhadap Titipan Najib Razak Buat Keluarganya Di Instagram

gempak
Izwan Isa
23/08/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Untuk Segalanya” - Elyana Beri Respons Terhadap Titipan Najib Razak Buat Keluarganya Di Instagram
Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani hukuman penjara selama 12 tahun bermula semalam.
Menerusi laporan media tempatan, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda RM210 juta ke atas beliau kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.
Tidak berapa lama selepas Najib dihantar ke penjara Kajang untuk menjalani hukuman, satu mesej panjang telah dikongsikan buat tatapan pengikutnya di Instagram.
Menerusi rangkaian ayat yang tertulis, mesej tersebut dititipkan buat keluarganya.
“Keluargaku, anak cucuku. My family. My love. Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun lamanya. 46 years is a long time.
“Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda. Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya. Merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis.
“Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy. Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi,” tulisnya.
Menerusi kapsyen yang sama, Najib juga menulis, melihat kembali apa yang telah dilaluinya, ia merupakan satu pengorbanan yang besar.
“Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja. Dari Subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all. My years have gone by dedicated to people, public service, politics.
“Satu pengorbanan yang saya pilih. Satu perjalanan yang menggembirakan dengan adanya kamu semua… tetapi saya terlepas pandang dan tidak mampu untuk bersama kalian. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.
“My family. My love. Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama. Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam. Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT, apalah daya Daddy manusia dan hamba-Nya.
“Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat. Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, penyanyi dan pelakon Elyana turut meninggalkan respons terhadap titipan panjang yang dikongsikan oleh Najib.
“Saya sentiasa menghormati kamu. Terima kasih untuk segalanya. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan yang sebesar-besarnya untuk menempuhi ujian ini. Serta diangkat darjatnya oleh Allah SWT,” tulis penyanyi lagu Kalis Rindu itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live