Filem Hantu Kuat Ketawa hasil karya Mawi mencatat kejayaan apabila menduduki carta nombor satu dalam Carta Filem Top 5 Astro First untuk tempoh dua hari tayangan.

Istimewanya lagi, filem Hantu Kuat Ketawa buat kali pertama menggandingkan Apek, Mawi dan Along. Selain itu, filem terbitan Mawi World Entertainment itu turut dibintangi Syanie, Zarina Anjoulie, Zalif Sidek dan ramai lagi.

Mendapat ulasan positif daripada rakan selebriti dan penonton sedikit sebanyak membantu menggalakkan orang ramai untuk menonton.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak)

A post shared by IM Asyraf (@imammudaasyraf)

A post shared by sharifzero (@sharif_zero)



Filem ini mengisahkan Saiful Apek (Amirul), Syanie Hisham (Aminah), Zarina Anjoulie (Datin Nilam) Dan Along Cham (Dato Nizam) yang merupakan empat orang scammer cuba melarikan diri dan bersembunyi di sebuah Homestay yang terletak di pedalaman.

Mereka sering mendengar suara orang ketawa daripada rumah sebelah. Suara ketawa tersebut membuatkan mereka berasa seram dan mereka ambil keputusan untuk melihat sendiri apa yang sedang berlaku di rumah tersebut.

Banyak perkara misteri berlaku sepanjang mereka berada di homestay tersebut antaranya sering ketawa tanpa sebab.

Misteri ketawa yang berlaku terus menjadi tanda tanya. Bukan sahaja misteri ketawa terus menghantui mereka tetapi misteri kehilangan mereka satu persatu juga menjadi tanda tanya.

Saksikan filem komedi seram, Hantu Kuat Ketawa, di Astro First bermula 27 Januari 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.