gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Hulk Hogan Sedang Buat Dokumentari Sebelum Meninggal Dunia
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Persaingan Semakin Sengit! Bintang Mana Yang Akan Pulang? Jom Semak Lagu Minggu Suku Akhir
VIRAL
"Jaga Adab & Sensitiviti" - Dr Zubaidi Tegur Pempengaruh Tayang Aksi Bermanja Dengan Anjing K9
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Terima Kritikan, Alif Satar Minta Tonton Pulau Dulu Sebelum Menilai –“ Ia Seram Bukan Filem Lucah”

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
02/03/2023
06:50 MYT
Sponsor Banner
Terima Kritikan, Alif Satar Minta Tonton Pulau Dulu Sebelum Menilai –“ Ia Seram Bukan Filem Lucah”
Selebriti versatil, Alif Satar akui terbuka menerima kritikan dan kecaman darpada netizen mengenai pembabitannya dalam filem Pulau yang telah mencetuskan kontroversi.
Pun begitu, Alif masih berharap agar peminat filem memberi peluang untuk menonton Pulau mulai 9 Mac ini sebelum memberi ulasan.
"Sebenarnya saya memang ada baca komen dan kritikan dari netizen mengenai pembabitan saya dalam filem ini. Saya juga sudah bersedia menerimanya.
"Bagaimanapun, saya berharap pergilah menonton filem ini terlebih dulu sebelum menilai. Di situ mereka akan tahu pendirian saya,"katanya kepada Gempak.
Alif ditemui pada tayangan perdana filem Pulau bersama wakil media yang berlangsung di GSC, The Starling, Petaling Jaya, pada Selasa.
Kata Alif, Pulau adalah sebuah naskah yang diimpikan apabila membariskan pelakon senior yang menjadi idolanya seperti Namron dan Wan Hanafi Su.
"Saya terima tawaran berlakon filem Pulau kerana penerbit memberitahu ia bergenre seram dan bukan filem konsep lucah seperti yang digambarkan netizen.
"Selain itu, apa yang membuatkan saya tertarik dengan filem ini apabila ia turut menampilkan pelakon senior yang saya kagumi iaitu Namron dan Wan Hanafi Su,"katanya.
Selain Alif, filem arahan Euho itu turut dibintangi oleh barisan pelakon seperti Amelia Henderson, Ikmal Amry, Sanjna Suri, Namron, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Terdahulu, Pulau telah mencetuskan kontroversi menerusi treler filem berkenaan apabila mengandungi babak- babak yang didakwa lucah dan keterlaluan serta pakaian pelakon wanitanya yang mencolok mata.
Topic Berkaitan
#Alif Satar
#Pulau
#Kritikan
#Tonton
#Menilai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement