Penyanyi Aishah mengakui mengambil kelas vokal bersama Cikgu Syafi sebagai persediaan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.

Aishah berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.

Menurut Aishah, walaupun sudah lama yang sudah bertapak dalam industri, namun dia bukanlah seorang yang sempurna.

“Sebelum ini saya timba sikit-sikit ilmu vokal dengan Cikgu Siti Hajar dan kali ini di atas permintaan komposer lagu ABS, saya belajar dengan Cikgu Shafi pula.

“Kamu lihat, proses pembelajaran tiada titik noktah. Walaupun kita sudah berada di dalam satu-satu bidang itu berdekad-dekat.

“Itu saja cara untuk kita perbaiki skill kita. Terimalah teguran dari orang yang ahli dalam satu-satu bidang, walaupun cikgu Shafi sendiri cakap dia masih sekolah semasa saya muncul dengan kelab peminat,” coretnya.

Aishah juga menasihatkan, tidak perlu berasa malu untuk belajar kalau ingin berjaya kerana kerana ilmu tidak mempunyai batasan.

“Memang saya orang yang sangat hormat kepada orang yang bergelar guru, saya tak tahu kenapa.

“Tak kiralah guru sekolah ke, guru mengaji ke, guru kraf ke semua saya sangat hormati dan sayangi.

“Kenapa sayang? Kerana bila cikgu memberikan satu-satu ilmu pada kita, saya rasa macam dapat emas atau sesuatu yang sangat berharga.

“Bila saya pergi belajar dengan seseorang guru saya selalu buat diri saya seperti tak tahu apa-apa. Setiap guru ada keistimewaan dia, pasti kita akan dapat sesuatu yang berharga.

“Letakkan ego ke tepi… InsyaAllah kita akan lebih berjaya. Seumpama kita mengumpul harta karun, sorang cikgu akan bagi kita emas, yang sorang lagi beri kita berlian, ada yang bawa permata dan lain-lain,” tulisnya

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


Aishah sebelum ini dipilih sebagai penyanyi yang menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu bagi sebuah program hiburan.