Pelawak dan penyanyi Achey berdepan musibah patah tangan kiri dan keretakan tulang di tangan kanannya selepas terjatuh daripada motosikal ketika mencari durian di dusun.

Menurut isterinya, Nor Hasanah Yahaya, dia tidak menyangka suaminya yang selalu menaiki motosikal dengan beberapa aksi lasak boleh terjatuh ketika mencari durian.

“Ucapan alu-aluan daripada tokey durian yang tak sempat jual durian. Selalu main motor boleh lompat-lompat, tinggi-tinggi. Ini pegi kutip durian jatuh sikit je dah patah.

“Semua Allah dah atur. Nak suruh awak berehat sebentar. Now time to rest,” kongsi isterinya.

Menerusi laman sosial Instagram, Hasanah turun berkongsi beberapa buah video dan sekeping foto imbasan x-ray tangan Achey yang patah.

A post shared by @anne_achey

A post shared by @anne_achey


Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah kini dirawat di sebuah pusat perubahan swasta di Batu Pahat, Johor.

Tambahnya lagi, dia kini sedang berpuasa untuk menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan cepat sembuh buat anggota kumpulan Bocey ini.

Aduhh beli je la durian tu, yang pegi panjat buat apa? Adoiii,” usik pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Achey Allah nak cuci dosa-dosa lama tu, insya-Allah,” kata pelawak Nabil Ahmad.

Ya allah, kami doakan semoga cepat sembuh,” ucap pengacara Datuk AC Mizal.

Macam mana boleh jatuh ni abang. Apa-apa pun semoga cepat sembuh, kuatkan semangat brother,” komen seorang wargamaya lagi.