Aktor Aedy Ashraf mendoakan agar rakan pelakon, Nad Zainal yang diberitakan sedang berada di hospital kerana dijangkiti radang paru paru segera sembuh.
Mengaku terkejut mendapat perkhabaran kurang enak tersebut, Aedy berharap agar tahap kesihatan aktres yang mempunyai dua anak itu cepat stabil.
“Saya sangat terkejut dengan berita Kak Nad sakit. Saya tidak tahu mahu cakap apa, tapi saya sangat berharap dan mendoakan agar tahap kesihatan beliau kembali pulih,” ujar Aedy kepada Gempak.
Menurut bintang drama Astro Original, Kudeta itu lagi, sebagai rakan pelakon yang pernah berkongsi naskhah dengannya, Nad disifatkan sangat gifted.
“Beliau bukan talented ya, tapi gifted, saya rasa semua orang tahu kemampuannya. Saya pernah berlakon dengan beliau, dan beliau seorang yang sangat baik. Semoga beliau cepat sembuh,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut pengurus kepada selebriti Sherry Al Hadad dan juga rakan baik Nad Zainal iaitu Aina Liza, dia dimaklumkan keadaan aktres berusia 32 tahun itu stabil namun masih dipantau di ICU.
“Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru (lung infection). Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu.
“Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya sekarang stabil cuma masih di ICU.
“Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tula saya pun tak berapa pasti apa,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Aina menerusi laman Intastory miliknya pada Selasa memohon semua orang mendoakan keadaan Nad Zainal yang kini dirawat di ICU.
Maliah Surip
Wed Nov 23 2022


Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...

Prihatin Dengan Nasib Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Sufian Suhaimi Lancar Tabung Kasih - “Melihat Keadaan Puan Jahidah Yang...”
Kisah yang menyayat hati...

FAKHRI HIGH COUNCIL BANTAI WARTAWAN | Lawak Atau Koyak S2
Wartawan masuk air #LawakAtauKoyak ni buat Mierul Aiman menyirap. Soalan buat naik angin. Sikit lagi nak kena bantai.Kalau dekat asrama memang dah kena kurung dalam locker si Kecik ni. #HighCouncil
_2.png?ext=.png)
Akibat Lama Tidak Berlakon, Remy Ishak Alami Masalah Takut Berjumpa Orang; “Saya Kena Kembalikan Semangat Saya…”
Semoga semangat Remy kembali
![[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid [VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-terima-kasih-sebab-hormat-jennie-blackpink-dipuji-pakai-hijab-baju-longgar-ketika-melawat-masjid.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Terima Kasih Sebab Hormat” - Jennie Blackpink Dipuji, Pakai Hijab & Baju Longgar Ketika Melawat Masjid
Comelnya Jennie.
_2.png?ext=.png)
Mat Sabu Dahului Anugerah Datuk Seri, Atlet Boling Negara, Shalin Kini Bergelar Datuk
Tahniah
.png?ext=.png)
Disindir Suami Fatin Afeefa, Ini Komen Adam Shahz - "Saya Rasa Lebih Baik..."
Adam Shahz tampil komen mengenai video diperli suami Fatin Afeefa

Hello Shah Alam! Jom Temui Uqasha Senrose, Siti Nordiana, Ella & Puteri Aishah Pada Ahad Ini
Jom meriahkan!
_2.png?ext=.png)
Titi DJ Pamer Wajah Sebelum & Selepas Pembedahan Plastik: “Rasa Macam Rambut Tercabut Satu Per Satu”
Lain ke tak?
_1.png?ext=.png)
Dituduh Lelaki Gay, Atiq Azman Mahu Ambil Tindakan; “Standby Nak Saman, Jangan…”
Atiq tegas!