Aktor kacak Shaheizy Sam mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sebuah video dirinya cuba membunuh seekor lipas terbang.

Menerusi laman sosial Instagram, Sam yang ditemani anaknya Syeriv Samheizy, memegang botol racun serangga Aerosol sambil lari ketakutan di saat lipas tersebut terbang.

“Tengah-tengah malam si khinzir ni terbang buat hal la #LipasYangNakal #TakTakutTapiSegan,” tulis Sam sebagai kapsyen video.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu lagi, Sam yang dilihat terkejut selepas lipas tersebut terbang terus menyembur racun serangga Aerosol terbabit secara rambang.

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)


Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang terhibur melihat aksi Sam yang berlari sewaktu lipas tersebut terbang.

Namun, ada juga pengikutnya yang risau melihat tindakan refleks Sam menyembur racun serangga tersebut dan terkena pada anaknya.

“Spray anak ka? Hahaha,” tanya Syifa Melvin.

Dengan budak tu sekali kau sembur bang hahahaha,” usik seorang wargamaya.

Superman dan polis kalah dengan lipas ek hahaha,” komen seorang wargamaya.

Bahaya macam tu takut kena masuk mata anak hurm,” tegur seorang wargamaya.

Kenapa aku rasa tak lawak? Bahayanya spray lipas kena anak,” luah seorang wargamaya.

Anak okay tak? Risau je kalau masuk kata anak tu,” ujar seorang wargamaya.

Sat lagi lipas tak pening, anak hangpa yang pening,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir suku juta tontonan daripada wargamaya.