Pelakon Faye Kusairi mengakui terkejut apabila namanya dan suami, Azmi Hata tersenarai dalam kategori couple Top 20 MeleTOP, Anugerah MeteTOP ERA 2019(AME19).

Menerusi entri di Instagram (IG), Faye bersyukur apabila namanya masih dicalonkan walaupun kurang memuat naik gambar bersama suaminya di media sosial.

"Thanx @meletop sebab sudi letak kami suami isteri dekat top 20 Couple Meletop dalam Anugerah MeleTOP 2019 ni.

"Walaupun kami tak post sangat kemeletopan kami berdua, sudi jugak dicalonkan. Alhamdulillah, dengan ini, nanti saya akan cuba la rajinkan diri untuk kongsi posting-posting kami berdua ya.

"InshaAllah, dengan rasa rendah diri, kami nak jemput mana yang sudi mengundi, keluarga, bff, rakan-rakan insta, peminat saya, boleh la ke website meletop dan undi kami.

Thx @meletop sebab sudi letak kami suami isteri kat top 20 Couple Meletop dalam Anugerah MeleTOP 2019 ni. Walaupun kami tak post sangat kemeletopan kami berdua, sudi jugak dicalonkan. Alhamdulillah... dengan ini, nanti saya akan cuba la rajinkan diri utk kongsi posting2 kami berdua ya. InshaAllah... Dengan rasa rendah diri, kami nak jemput mana yg sudi mengundi, keluarga, bff, rakan2 insta, peminat saya, boleh la ke website meletop dan undi kami. Thanks in advance ya! Nanti sis payung main badminton rerami. Tu je la yg mampu.... seronok dan berfaedah. Untung2, saya dan keluarga, kongsi lah ilmu sikit2. ????? #siscuber #Repost @meletop (@get_repost) ・・・ Eksklusif di #MeleTOP !!m Pengumuman rasmi TOP20 #AME2019 bagi kategori Couple MeleTOP !! Tahniah guys !! #MeleTOP #AngkatTangan #YangLegitYangLegend

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on


"Thanks in advance ya! Nanti sis payung main badminton reramai. Tu je la yang mampu.Seronok dan berfaedah. Untung-untung, saya dan keluarga, kongsi lah ilmu sikit-sikit," tulisnya.

Faye dan Azmi Hatta telah bernikah pada 9 April 2017 dan menyambut kelahiran bayi sulung lelaki mereka pada 9 April tahun lalu.

Undian fasa pertama mula dibuka mulai 12 Februari 2019 hingga 8 Mac 2019, jam 6 petang untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2019 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my dan portal rasmi ERA.

AME 2019 akan disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 21 April 2019.

Sebanyak 16 kategori dipertandingkan untuk AME kali ini antaranya Lagu Meletop, Penyanyi Meletop, Group/Duo Meletop, Hos Meletop, Drama Meletop, Pelakon Meletop, Program Meletop, Program Radio Meletop, Penyampai Radio Meletop, Artis Baharu Meletop, Artis Lawak Meletop, Couple Meletop, Fesyen Meletop, Si Cilik Meletop, Filem Meletop dan Bintang Filem Meletop.