Laman Utama
Terkesan Lanjutan PKP2.0, Adibah Noor Balas Dakwaan Memilih Kerja - “Nak Saya Cuci Rumah, Bawak Grab, Boleh Je”
Selebriti serba boleh Adibah Noor membalas dakwaan apabila dikatakan memilih pekerjaan berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 18 Februari ini.
Menerusi laman sosial Twitter, Adibah mengakui dirinya memilih pekerjaan kerana ia haruslah bersesuaian dengan kemampuan dan kemahiran dirinya.
“Tak tau lah apa maksud tweet ni. Tapi ya, saya memilih. Sebab saya tahu kebolehan dan kemahiran saya kat mana.
“Buat apa saya nak venture sesuatu yang saya tau saya tak mampu buat, kan? Tapi.. kalau nak saya turun padang cuci rumah tuan, bawak Grab, boleh je,” tulis Adibah menerusi satu ciapan.
Semalam Adibah meluahkan rasa bimbang kehilangan punca pendapatan kerana tidak dapat bekerja berikutan lanjutan PKP.
Sehubungan dengan itu, ramai wargamaya yang memberikan pelbagai cadangan untuk pelantun lagu Terlalu Istimewa itu mencari sumber pendapatan tambahan.
“Mohon Adibah Noor ada channel youtube sendiri. Reaction video untuk BBNU nyanyi. Apa yang boleh dan tak. Suka tengok konten begini, tapi aku pun tak paham bila orang komen pasal run, melisma, pitching, dinamik apa semua. Jadi, bila orang ada pengalaman share, terasa valuenya,” cadang seorang wargamaya.
“Kak, saya sarankan akak jadi youtuber, buat content dalam bahasa Inggeris. Macam A word a day, mind your grammar ke etc,” kata seorang wargamaya.
“Just suggesting: online tuition class for school kids, per video session. All the best!” sokong seorang wargamaya.
“Back to teaching maybe? Most would recommend singing class. I'd say English, sebab ramai pelajar dah tercicir. Some parents who still afford might be open for an extra bit of English education,” tulis seorang wargamaya lagi.
Must-Watch Video