Berita

"Terlalu Besar Untuk Dihuni" - Anak Sharifah Aini Jual Rumah Ibunya Bernilai RM8 Juta

gempak
Syafiqah Jalal
14/02/2018
04:23 MYT
Sponsor Banner
"Terlalu Besar Untuk Dihuni" - Anak Sharifah Aini Jual Rumah Ibunya Bernilai RM8 Juta
Seorang individu yang tidak mahu dikenali mengesahkan kediaman milik Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang terletak di Petaling Jaya akan dijual.
"Ya... betul. Ini rumah Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan memang hendak dijual,” kata individu tersebut berhubung iklan kediaman itu dijual.
Menurutnya, rumah itu mahu dijual oleh anak Allahyarham Aliff Omar Ali dengan alasan ia begitu besar buat mereka sekeluarga.
“Tiada sebab lain melainkan ia terlalu besar untuk dihuni, dan ia sudah diserahkan kepada ejen rumah (hartanah) untuk menjualnya,” katanya yang enggan dikenali.
Laporan menyebut, rumah berkenaan masih dihuni dan tiada sebarang papan tanda atau kain rentang yang tertulis untuk dijual.
Cubaan bertemu Aliff gagal kerana menurut individu berkenaan, dia hanya akan memberi kerjasama kepada mereka yang ingin berurusan mengenai rumah berkenaan.
"Maaf ya, kalau ditanya soal lain rasanya tuan rumah tidak berminat, tetapi untuk membeli rumah ini mungkin dia boleh memberi kerjasama,” katanya.
Terdahulu, banglo mewah di Petaling Jaya itu diiklankan mahu dijual pada harga RM8 juta di laman sosial Facebook.
Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo berkenaan adalah kepunyaan seorang penyanyi popular.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live