Laman Utama

Terlalu 'Mesra' Dengan Pemain Bola Sepak Kelantan FC, Yazmin Aziz; "Saya Tak Dapat Puaskan Hati Semua Orang ..."

gempak
Izwan Isa
07/07/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
Terlalu 'Mesra' Dengan Pemain Bola Sepak Kelantan FC, Yazmin Aziz; "Saya Tak Dapat Puaskan Hati Semua Orang ..."
Penyanyi dan pelakon, Yazmin Aziz sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila beberapa keping gambar mesra bersama teman lelaki, pemain TRW Kelantan FC, Guylherme Brizolara viral di platform TikTok.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata mempersoalkan kemesraan yang ditunjuk, memandangkan Yazmin merupakan individu beragama Islam dan masih belum mendirikan rumah tangga.
Mengulas mengenai hal berkenaan, peserta Big Stage 2022 itu berkata, dia memahami setiap orang mempunyai perspektif yang berbeza dan pendapat yang berlainan tentang sesuatu perkara.
Namun, sebagai manusia biasa, dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang dan hanya boleh memberi fokus untuk menjadi versi dirinya yang lebih baik.
“Saya faham sangat kalau orang nak tanya atau nak tegur. Kita semua mempunyai perspektif dan pendapat yang berbeza tentang sesuatu. Macam di ruangan komen posting saya, terdapat pelbagai reaksi.
“Ramai yang tahu betapa saya mendoakan seorang peneman, justeru, sebab itu ramai yang happy untuk saya. Tetapi, itu lah… saya tidak dapat puaskan hati semua orang. Saya hanya boleh fokus untuk menjadi versi diri saya yang lebih baik,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, ditanya adakah benar dia dan Guylherme telah berumah tangga seperti yang ditulis oleh netizen.
Yazmin yang juga popular di platform TikTok menjawab: “Kalau dah tiba masanya untuk nak kahwin, saya akan umumkan,” tutupnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live