Sebut saja filem paling epik yang muncul pada tahun ini, pasti ramai sudah terbayang Godzilla vs Kong yang ditayang pada Mac lalu.

Namun, disebabkan kes COVID-19 masih lagi berleluasa, ramai yang mungkin terlepas menonton filem blokbuster berkenaan.

Berita baik buat mereka yang ‘terkilan’ tidak dapat menyaksikan Godzilla vs Kong, filem tersebut telah pun tiba di platform Astro Best.

Penonton bukan hanya menerima akses awal, malah mereka dapat menonton filem baru ini bersama keluarga di rumah dengan selamat.

Persoalan mengapa Kong ditahan oleh pihak berkuasa dan mengapa Godzilla secara tiba-tiba menyerang manusia semuanya bakal terjawab!

Sewa sekarang dan saksikan dengan segera menerusi Astro Best (Saluran 481) atau On Demand Store.

Sambungkan PVR Box atau Ultra Box anda ke Wi-Fi & strim Godzilla vs Kong dalam keselesaan rumah anda.

Anda juga boleh muat turun aplikasi Astro GO untuk strim pada bila-bila masa.

Ketahui lebih lanjut di content.astro.com.my.