Berita

Terlibat Dalam Kemalangan Ke Konti, Fizi Ali Cari Kereta Sewa Untuk Sebulan

gempak
Zulaikha Yusof
15/12/2020
09:50 MYT
Sponsor Banner
Terlibat Dalam Kemalangan Ke Konti, Fizi Ali Cari Kereta Sewa Untuk Sebulan
Penyampai radio Fizi Ali terpaksa mencari kereta sewa bagi diguna pakai pergi bekerja selepas Honda HR-V miliknya terlibat dalam kemalangan dalam pukul lima pagi, hari ini.
Ketika dihubungi Gempak, Fizi, 31, menyatakan kereta yang dipandu menghala ke konti stesen radio di Petaling Jaya itu terpaksa berada di bengkel selama sebulan.
"Ikutkan kat rumah kena ada dua kereta, satu untuk saya, satu untuk Shakilla. Shakilla pun bekerja, jadi bila tak ada satu lagi kereta macam susah juga.
"Nak tak nak kena juga cari kereta sewa. Kalau ikutkan bengkel tu kata paling lama sebulan.
"Paling cepat dua minggu, insya-Allah kita nak yang cepat la kan. Apapun, saya bersyukur kerana saya selamat," katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Hafizudin Alimudin bersyukur kerana ramai warganet yang baik hati ingin meminjamkan kereta kepadanya.
"Alhamdulillah ramai yang direct message (DM) nak bagi pinjam kereta mereka.
"Tetapi kalau boleh saya nak cari yang dibayar. Tak seronok pula guna secara percuma," katanya lagi.
Sebelum ini, Fizi ada memuat naik foto keadaan keretanya selepas terlibat kemalangan di Instagram (IG).
Instagram: @fiziali_
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live