HIBURAN
"Terlupa Revise…Satu Sen Gaji Isteri Saya Tak Sentuh” – Netizen Pertikai Dr Say Bagi Nafkah RM2,000, Ini Penjelasan Tuan Badan
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say Shazril, tampil memberikan penjelasan terbuka mengenai nilai nafkah bulanan yang diberikannya kepada isteri, selepas isu tersebut menjadi bualan ramai.
Mengakui jumlah RM2,000 sebulan sebagai nafkah kepada isteri agak rendah, Dr Say berkata keadaan itu berlaku kerana beliau terlupa untuk mengemas kini jumlah tersebut selepas salah satu komitmen utama selesai.
“Saya akur nilai nafkah yang saya beri kepada isteri raya rendah iaitu RM2,000 sebulan. Cuma baru-baru ini, anak saya graduate daripada terapinya dan saya akui, saya terlupa untuk revise nafkah yang diberi kepada isteri,” jelasnya.
Tak Pernah Sentuh Duit Isteri
Dalam pada itu, Dr Say turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyentuh gaji isterinya, dan segala perbelanjaan keluarga termasuk pinjaman serta keperluan anak-anak ditanggung olehnya sepenuhnya.
“Komitmen bulanan isteri saya adalah loan kereta, yuran sekolah anak kedua, ASB loan, takaful dan bil telefon miliknya. Satu sen gaji bini saya, saya tak sentuh, kecuali bini yang bagitahu dia nak belanja atau dia nak berkongsi,” katanya.
Bagi Dr Say, komitmen kewangan yang tinggi bukan satu beban, sebaliknya satu bentuk tanggungjawab yang diterima dengan hati terbuka.
“Sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa komitmen tinggi. Tak mengapa, itu komitmen saya dan saya sangat gembira menanggungnya,” tegasnya.
Sebelum ini, Dr Say pernah mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan bahawa komitmen bulanannya mencecah lebih RM35,000, dengan sebahagian besar daripadanya diperuntukkan untuk kos terapi anaknya yang menghidap autisme.
Must-Watch Video