Laman Utama

Terokai Lebih Lanjut Di Astro Experience Store Baharu Di Pulau Pinang!

Amri Hassan
24/08/2022
08:22 MYT
Astro telah melancarkan Astro Experience Store baharu pada hari ini di Pulau Pinang untuk memberikan pengalaman yang menarik dan unik di kalangan pelanggan Astro.
Warga Pulau Pinang boleh melihat pelbagai produk dan perkhidmatan terkini daripada Astro di kedai tersebut.
Kata Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TV, Astro, Euan Smith, pihaknya teruja untuk membuka Experience Store yang pertama di Pulau Pinang.
"Kedai baharu kami ini adalah cara yang terbaik untuk kami pamerkan produk, perkhidmatan dan kelebihan yang menakjubkan untuk pelanggan baharu dan yang sedia ada.
"Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan ruang fizikal ini di mana ramai orang boleh menemui dan mengalami ciri-ciri dan faedah produk dan perkhidmatan terkini kami dengan sepenuhnya, memberikan mereka pengalaman secara langsung di kedai sambil memberi mereka gambaran tentang kandungan-kandungan terbaik yang mereka boleh menikmati dengan Astro," katanya.
Di Astro Experience Store, para pelanggan boleh menemui kandungan-kandungan terhebat dan terkini Astro yang ditawarkan di Ultra Box termasuk siri prekuel yang dinanti-nantikan, Game of Thrones “House Of The Dragon” menerusi Astro On Demand dan HBO GO.
Selain itu, penonton boleh saksikan siaran langsung sukan seperti Musim Liga Perdana Inggeris 2022/23 dan siri animasi kanak-kanak Didi & Friends di Astro, K-drama Doctor Lawyer di Disney+ Hotstar serta siri popular Netflix, Money Heist: Korea – Joint Economic Area.
Sewaktu berada di kedai Astro, para pelanggan boleh mencuba kesemua ciri-ciri Ultra Box termasuk 4K UHD, mengetahui nilai pek TV terbaik dan cara-cara untuk menikmati hiburan secara on the go dengan aplikasi Astro GO.
Astro Experience Store terletak di tingkat dua Queensbay Mall.
Peminat-peminat Games of Thrones (HBO) boleh mendapatkan set barangan eksklusif House of The Dragon dan berpeluang untuk memenangi edisi terhad kerusi gaming House Of The Dragon X SecretLab apabila mereka mendaftar atau menaik taraf ke Pek Astro Movies, Premium 1, 3 dan Platinum.
Pelanggan Astro juga boleh menunjukkan aplikasi My Astro mereka dan memenangi hadiah eksklusif di kedai.
Selain itu, para pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang produk-produk Astro seperti promosi Astro Fibre, perkhidmatan, naik taraf pek atau Astro Box dan sebagainya. Kempen-kempen lain yang masih ditawarkan termasuk:
• Kempen WiFi Lagi Kencang yang menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk menikmati tahap kelajuan yang lebih laju selama 6 bulan apabila mereka melanggan pelan Astro Fibre pilihan mereka tersendiri dan pelan Astro Fibre Bundle sehingga 30 September 2022.
• Promosi RM99.99/bulan* untuk pelanggan baharu untuk membantu mereka berjimat lebih banyak setiap bulan dengan Pek Astro Premium 1, 2, 3 dan Entertainment Plus selama 6 bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Astro, layari www.astro.com.my.
*Tawaran Astro Premium 1, 2, 3 dan Entertainment Plus RM99.99/bulan untuk 6 bulan hanya tertakluk kepada pelanggan baharu dengan kontrak 24 bulan sahaja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.