Penyanyi dan pelakon Elyana meluahkan isi hatinya mengenai liku kehidupan yang dilaluinya sebagai seorang pesakit kanser.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 33, berkata, biarpun banyak keperitan yang dilalui, dia akan terus cekal dan tabah untuk berhadapan dengan segala ujian.

"Ini ketika kemoterapi pertama setelah saya disahkan kanser tahap 4. Setelah pulahan kali kemoterapi yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah, senyuman dapat saya ukir untuk kali ini.

"Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat ceritakan kepada kalian. Terpuruk saya, biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap hadapi dengan senyuman. Insya-Allah," coretnya.

Pelantun lagu Kalis Rindu itu meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Elyana turut berkongsi gambar kenangannya sewaktu menjalani rawatan kemoterapi.

Throwback.Ini ketika chemotherapy pertama setelah saya disahkan Kanser tahap 4.. Setelah pulahan kali chemotherapy yang saya tempuh di tahun-tahun yang sudah,senyuman dapat saya ukir untuk kali ini. Hidup saya penuh dengan ujian yang tak semua saya dapat cerita kan kepada kalian. Terpuruk saya,biarlah saya seorang yang simpan. Saya akan tetap HADAPI DENGAN SENYUMAN. Insyallah. . . Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser,selalu lah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang. Kerana hanya doa dan sokongan dari orang-orang tersayang kami harap kan. Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda.Kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. #lymphomafighter #stage4cancer #cancersucks

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1) on


Dalam pada itu, pesan Elyana lagi, sebagai pesakit kanser, dia sentiasa memerlukan sokongan daripada orang sekeliling terutamanya ahli keluarga.

"Kepada anda diluar sana yang mempunyai ahli keluarga atau orang yang anda kenali sedang berjuang melawan kanser, selalulah ingat untuk tidak segan merangkul mereka dan peduli akan mereka yang sedang berjuang.

"Kerana hanya doa dan sokongan daripada orang-orang tersayang kami harapkan. Kepada yang masih sihat,jagalah kesihatan anda kerana kanser boleh terjadi kepada sesiapa sahaja," pintanya.

Perkongsian Elyana itu kemudian mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya yang mana rata-rata memberikan kata-kata semangat buatnya.

"Manusia paling kuat ialah kamu.

"Kamu adalah sumber inspirasi buat mereka di luar sana," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.



Sebelum ini, pada 2017, Elyana mendedahkan kepada umum bahawa dirinya merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat.

BACA: Akui Hidap Kanser Tahap 4, Elyana Buat Audiens GV 4 Terkejut!

Elyana disahkan menghidap kanser selepas melahirkan anaknya, Cinta Sumayyah tujuh tahun lalu.