Filem pecah panggung di negara China pada tahun ini, On Your Mark telah menemui penonton Malaysia bermula 26 Ogos.

Hasil garapan pengarah tersohor Chiu Keng Guan ini memberi penghormatan kepada bapa-bapa seluruh dunia yang cekal, berhati waja dan sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga mereka.

Penyanyi dan komposer popular Hael Husaini tidak ketinggalan dalam menonton filem yang sarat elemen kekeluargaan, persahabatan dan semangat kesukanan ini.

Menurut Hael, jiwa bapa dalam dirinya cukup tersentuh selepas menonton karya pengarah Chiu ini memandangkan dia sendiri mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Helena dan pasangan kembar Haelmy dan Haelman.

“Saya sentiasa berdoa semoga saya juga mempunyai semangat, kasih sayang dan komitmen yang penuh sebegitu atau lebih lagi sebagai seorang ayah demi anak-anak saya.

“Untuk bapa-bapa atau bakal ayah, you should watch this movie,” tulis Hael di ruangan kapsyen.

A post shared by HH (@haelhusaini)


On Your Mark dibintangi pelakon hebat China seperti Wang Yanhui, Zhang Youhao, Gong Beibi, Zhao Liang, Li Yu, Liu Jinshan dan penampilan istimewa oleh pelakon filem The Last Tycoon, Feng Wenjuan.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya.

Cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xiao Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia.

Namun, sewaktu berlatih secara sembunyi, Xiao Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi kenyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Saksikan filem hebat On Your Mark yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.