Pelawak Nizam Jentik Jentik akui berpuas hati dengan pencapaiannya meskipun hanya mampu bertahan hingga minggu kelima di Super Spontan Xtravaganza (SSX).
Nizam berkata dia berbangga kerana dapat bertahan lebih lama berbanding peserta sebelum ini yang mempunyai kekuatan dan peminat yang ramai.
“Saya memang dah dapat agak saya keluar minggu ini, malah rakan-rakan yang lain pun sudah meminta maaf jika saya tersingkir kerana mereka sudah mengundi saya untuk keluar.
“Apa-apa pun saya puas hati dengan pencapaian saya kerana berjaya kekal dalam SSX sehingga minggu kelima.
“Saya juga bangga kerana dapat bertahan lebih lama berbanding peserta lain yang mempunyai lebih ramai peminat dan pengikut di laman sosial,” katanya kepada Astro Gempak.
Sebelum Nizam, peserta yang telah tersingkir awal adalah Zara Zya, Anas Ridzwan dan Jaasuzuran.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.