HIBURAN
Teruk Kena Buli Dengan Netizen, Aurel Hermansyah Trauma Hamil
Aurel Hermansyah sudah mempunyai pengalaman dua kali bersalin dan menjadi ibu kepada dua anak perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Hatta dan Azura Humaira Nur Atta hasil perkahwinan dengan YouTuber, Atta Halilintar.
BERITA TRENDING: Ibu & Bapa Atta Halilintar Didakwa Gila Gelaran, Bengang Anak Tidak Dipanggil Haji
BERITA TRENDING: Atta Halilintar Akui Bukan Mudah Jadi ‘Daddy Muda’ - “Anak Perempuan Ini Tanggungjawab Atas Ayahnya Sampai Nikah”
BERITA TRENDING: Anak Baru 2 Tahun, Atta Halilintar & Aurel Berikan Kereta Mewah Hadiah Hari Jadi
Namun ternyata bukan kerana sakit melahirkan yang membuat anak Kris Dayanti ini trauma untuk hamil lagi sebaliknya kerana pernah mengalami pengalaman buli yang teruk daripada netizen.“Kata-kata yang dikeluarkan netizen membuat saya berfikir ‘kenapa pada saat saya hamil bukan diraikan malah menerima pelbagai kecaman yang tidak pernah difikirkan.
“Saya dibuli dengan teruk. Apa salah saya? Saya hanya hamil,”luah Aurel kepada Ustaz Hilman Fauzi seperti dilaporkan Suara.com.
Oleh kerana memikirkan banyak kecaman yang diterima, Aurel mengaku trauma jika hamil lagi.
“Kerana kata-kata buli yang saya terima sangat menyakitkan membuat saya seperti tidak mahu hamil lagi. Saya tahu ia hanya kata-kata tapi tak sangka memberi trauma untuk saya hamil lagi,” lanjut Aurel.
Antara kecaman yang diterima adalah mengenai perubahan bentuk badannya yang semakin bertambah.
Luahan hati Aurel itu bagaimanapun disambut dengan nasihat baik daripada Ustaz Hilman.
Ustaz Hilman menasihatkan Aurel agar memberi fokus kepada golongan yang menyayanginya.
“Apakah hinaan seseorang menentukan syurga dan neraka buat kita? Tidak. Begitu pula, saat dapat pujian seseorang adakah ia menentukan kemuliaan kita? Tidak.
“Maka kalau ditanya, kenapa aku sering sakit hati? Kerana di hati yang diutamakan adalah penilaian manusia. Fokus lah dengan yang mencintaimu, bukan dengan yang tidak mencintaimu," ujar Ustaz Hilman.
Must-Watch Video