Laman Utama

"Terus Hilang Semua Penat!" - Sweetnya...Ebit Lew Sarung Cincin Depan Pasaraya!

gempak
Asraf Aided
23/08/2020
09:17 MYT
Sponsor Banner
"Terus Hilang Semua Penat!" - Sweetnya...Ebit Lew Sarung Cincin Depan Pasaraya!
Penceramah dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sememangnya dikenali sebagai seorang yang bersikap romantis terhadap isterinya.
Terbaru, Ebit telah menyarungkan cincin buat isterinya semasa pembukaan Elewsmart cawangan Sri Gombak Semalam.
"Rindu bidadari, rindu sangat, hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan Elewsmart Sri Gombak semalam.
"Terus hilang semua penat, macam baru mula hari ini, nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini, bidadari di dunia bidadari di syurga, Insya-Allah," kongsi Ebit menerusi Instagram.
Dalam pada itu, Ebit turut mendedikasikan rasa cinta dan penghargaan terhadap isterinya itu.
"Macam pengantin baru bila sarungkan cincin, I love you bidadari sayang, terima kasih selalu ada dan mendoakan, terima kasih tolong jaga anak-anak kita," tulisnya lagi.
Perkongsian itu semestinya mengundang reaksi positif dari para pengikut Ebit.
Rata-rata mereka mendoakan kebahagiaan rumah tangganya agar bahagia hingga ke Jannah.
Sekadar info, Ebit dan isterinya mempunyai empat orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024