VIRAL
Tetamu Dakwa Dapat Pizza Wagyu Seperti ‘Roti Nan’ & Hangus, Netizen Anggap Jofliam Tak Ikhlas - “Macam Ini Pun Nak Bagi…”
Nama usahawan Jofliam dan isterinya, Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi kembali menjadi topik hangat di laman sosial.
Luah rasa kecewa
Ia berikutan ada segelintir tetamu yang hadir ke rumah terbuka dan majlis meraikan perkahwinan pasangan itu meluahkan rasa kecewa dengan pizza wagyu yang dihidangkan.
Ibarat indah khabar dari rupa, tetamu mendakwa pizza yang dihidangkan itu tidak sama seperti yang dijual oleh usahawan tersebut.
Menerusi perkongsian yang tular di platform threads, seorang pengguna media sosial memuat naik gambar dua potong pizza yang diambilnya.
Dapat dilihat pizza itu bersaiz sedikit kecil berbanding kebiasaan dan inti di atasnya juga tidak sebanyak yang disangka.
Malah, ada yang mendapat hidangan itu dalam keadaan agak hangus apabila bahagian atas pizza sudah kelihatan berwarna hitam.

Perkongsian itu meraih perhatian wargamaya yang turut mendakwa tuan rumah seperti tidak ikhlas menyediakan juadah tersebut untuk tetamu yang hadir.
Sementara itu, seorang lagi individu mendakwa, dia terpaksa beratur panjang dan ‘battle’ dengan lapan ribu tetamu lain untuk mendapatkan pizza wagyu tersbut.
ARTIKEL BERKAITAN: Selesai Nikah, Dewi Titip Kata-Kata Romantis Buat Jofliam, Tutup Komen Instagram - “Awak Buat Saya Paling Bahagia Hari Ini”
ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Sahkan Bekas Suami Langgar Taklik Kerana Cik Epal - “Saya Tidak Pernah Bercakap Sebelum Ini Kerana Mahu…”
ARTIKEL BERKAITAN: Diminta Untuk Berdiam Diri, Cik Epal Bidas Kritikan Netizen - ‘Pergi Meninggal Dengan Term Classy Kau’
Malah, ada yang mengatakan roti nan di kedai mamak jauh lebih menarik perhatian berbanding pizza yang diberikan secara percuma oleh Jofliam.
Namun ada juga segelintir netizen yang meminta untuk tetamu bersyukur dengan makanan percuma yang diberikan oleh tuan rumah.
“kebuloq sangat benda free last dapat macam itu ja ahahaa hadap jala,” kata netizen.
Sebelum ini, Jofliam memberitahu bakal mengagihkan pizza wagyu secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.
Must-Watch Video