Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mengumumkan telah mengambil keputusan meninggalkan Warner Music Malaysia.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzy, dia melakukan Tindakan tersebut selepas berfikir panjang selain mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lainnya.

“Saya terpaksa mengambil langkah sebegini untuk mempertingkatkan kerjaya seni di mana saya melihat peluang dari segi prospek perniagaan.

“Warner memang banyak membantu saya selama ini bagaimanapun mereka lebih tertumpu kepada bidang nyanyian.

“Sebenarnya saya sudah lama memikirkan tentang perkara ini, setelah membuat pertimbangan dengan teliti maka saya lakukan juga.

“Sebelum ini banyak peluang hadir tapi saya terpaksa tangguhkan kerana masih terikat dengan kontrak bersama Warner pada ketika itu.

“Selepas tamat kontrak pada Februari lalu, fokus saya tidak tertumpu kepada nyananyian semata-mata sebaliknya perniagaan dan juga lakonan,” jelasnya kepada Gempak.

Dalam pada itu, menerusi posting terbaharu di akaun Istagramnya Lizzy juga megucapkan terima kasih kepada Warner.

“Goodbye @warnermusicmy. Thank you for 3 great years! Thank you for Police Entry, Semua Sudah, Shh, and Beku, lagu-lagu ini sangat bermakna kepada Lizzy.

“I know Lizzy kadang susah nak handle, so thank you for putting up with me. It has been such an adventure with so many memories!” tulisnya.

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Sekadar info, Lizzy pernah dinobatkan Artis Baru Terbaik Wanita pada Anugerah Planet Muzik ke-14 pada 2015 menerusi lagu Knock Knock.

Menerusi lagu itu juga, Lizzy menjadi finalis pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-30.

Malah, lagu sama dipilih Top 10 Karaoke Melayu Popular pada Anugerah Red Box Media Appreciation & K-20 Night.

Begitu juga lagu Setia duet bersama Faizal Tahir yang melayakkan Lizzy tercalon dalam beberapa acara anugerah besar tanah air seperti APM ke-15, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-22, AJL-31 dan banyak lagi.