ARTIS KOREA
“Thank You ELF Indonesia, I Feel Welcomed By All Of You” -Rossa Berduet Dengan Yesung Di Konsert Super Junior
Penyanyi popular Indonesia, Rossa akui bertuah dapat membuat persembahan duet bersama dua vokalis utama kumpulan K-Pop terkenal Super Junior, Yeesung dan Ryeowook.
Rossa menerusi akaun Instagramnya mengucapkan terima kasih kepada Yesung dan Ryeowook kerana sudi berkolaborasi menyanyikan lagu Tegar.
“Terima kasih Yesung @yesung1106 & Ryeowook sudah mau menyanyikan lagu Tegar dan berkolaborasi dengan aku,” tulisnya.
Tambah Rossa lagi, dia juga berasa begitu gembira kerana diterima baik oleh peminat Super Junior iaitu ELF.
“#ss7s 's stage felt so good!! And thank you ELF Indonesia, I feel welcomed by all of you. 잘부탁드립니다 ❤” tulisnya.
Selain itu, Rossa juga turut berkongsi beberapa foto momen indah bersama Super Junior.\#ss7s 's stage felt so good!! And thank you ELF Indonesia,i feel so welcome by all of you. 잘부탁드립니다 ❤A post shared by Rossa (@itsrossa910) on
Terdahulu, Rossa merupakan tetamu istimewa yang dijemput untuk membuat persembahan di konsert Super Junior Super Show 7S yang berlangsung di Jakarta pada Sabtu lalu.
Must-Watch Video