Tak sia-sia gimik Haqiem Rusli untuk lagu Selamat Tinggal Sayang apabila muzik video lagu terbaharunya itu sudah mencecah tontonan 4.3 juta selepas sebulan dilancarkan.
Haqiem menerusi Instagramnya berterima kasih kepada peminat industri hiburan yang menerima kehadirannya semula selepas kontroversi terbabit.
"Sebulan hit 4.3 juta. Thank you, terima saya kembali," tulisnya ringkas bersama paparan skrin muzik video terbabit di YouTube.
Kecoh pada awal Syawal lalu apabila Haqiem membuat pengumuman menderita penyakit kemurungan hingga terfikir untuk bersara daripada dunia nyanyian.
Malah, Haqiem turut bertindak memadamkan semua gambar daripada media sosialnya terutama Instagram.
Bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi muda itu, golongan selebriti menyatakan sokongan, dorongan dan motivasi untuk kembali bangkit.
Bagaimanapun, dedah Haqiem kenyataan itu sebenarnya sekadar gimik untuk melancarkan muzik video lagu Selamat Tinggal Sayang.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @haqiemrusli98_