Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?

Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).

Episod lalu menyaksikan satu rahsia terbongkar apabila Yuth itu sebenarnya ialah Supot. Supot juga mengajak Pang untuk bergabung dengannya, namun Pang menolak tawaran tersebut dan kemudian diugut oleh Supot untuk menyuntikkan virus NYX 88 kepadanya.

Memasuki episode ke-11, Grace telah kembali dan membangunkan semula Third dan Time. Grace turut mendedahkan perihal guru Pom yang telah mencuri sampel virus NYX88 dan telah menghapuskan memori mereka.

Sementara itu, Supot telah mengumpulkan semua pelajar untuk bertanyakan keberadaan Pang, namun tiada seorang yang mengetahui di mana Pang bersembunyi kecuali Punn. Punn kemudiannya memberitahu Supot tempat Pang bersembunyi.

Suatu malam, Grace merasakan seperti dirinya telah dikawal seseorang, dia kemudiannya berasa cemas lalu meminta Third dan Time untuk lekas keluar dan meninggalkan tempat mereka tinggal.

Dalam pada itu, tanpa disedari potensi Grace turut terserlah apabila seseorang yang mempunyai pengetahuan tentang masa depan mula bertindak untuk membuat perubahan yang besar di sekolah pelajar Gifted.

Apakah Grace mangsa seterusnya yang akan dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab? Saksikan episode 11 malam ini.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Saksikan The Gifted Graduation yang sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.