Laman Utama

#TheGiftedGraduation: Kehadiran Miss Darin Menambah Masalah, Supot Pegang Rahsia Terbesar Kementerian

Shahrin Zulkifle
13/08/2022
11:00 MYT
Sistem pendidikan sekolah yang tidak adil? Agenda jahat guru akademik? Sekumpulan pelajar Gifted pula muncul? Apa yang sebenarnya berlaku?
Drama bersiri fantasi Thailand, The Gifted Graduation kini bersiaran di kaca televisyen anda menerusi saluran Astro Citra (108).
Episod lalu menyaksikan Miss Darin berjaya mempengaruhi Punn untuk berada di pihaknya.
Punn pula sudah semakin maju dengan kelebihan yang dimilikinya iaitu kemampuan menduplikasi kebolehan orang lain. Dia turut menduplikasi kebolehan dari beberapa rakan sekelas untuk kepentingan dirinya.
Sementara itu, Korn yang terminum virus NYX 88 tanpa sengaja telah menyebabkan dirinya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital.
Memasuki episod kelapan, Pang telah betemu Supot. Supot menceritakan hal sebenar kepada Pang tentang permulaan program Gifted dan peranan Kementerian di dalam program tersebut.
Dalam pada itu, Supot turut mendedahkan kepada Pang tujuan dirinya dan Time dimasukkan ke Gifted adalah salah satu stratergi untuk membongkar kerja kotor Miss Darin.
Selain itu, Supot memaklumkan kepada Pang bahawa maklumat berkaitan NYX 88 yang sebelum ini diserahkan kepada pihak Kementerian adalah maklumat palsu yang dibuat-buat bagi mengelakkan musuh mereka mengetahui hal sebenar.
Apa lagi rahsia yang diketahui Supot? Adakah dia juga mempunyai jawapan tentang punca sebenar kematian beberapa pelajar kelas Gifted? Saksikan episode kelapan malam ini.
The Gifted Graduation kini sedang ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Untuk pilihan alternatif, anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.
Viral

Lelaki Berpakaian Wanita ‘Kantoi‘ Curi Baju Dalam

gempak
25/07/2024
04:01 MYT
Perbuatan seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam di sebuah kawasan kejiranan berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).