,
Laman Utama

Throwback Sekolah Part 1 : Alien Workshop, Kotak Pensil VHS & Mitos Telefon Awam?

Hanafis Haris
09/02/2021
12:50 MYT

Zaman persekolahan pastinya antara memori indah sukar dilupakan.

Tidak kiralah jika anda pelajar nakal atau ‘nerd’ yang duduk di meja depan.

Mahupun pelajar yang suka meniru di dalam kelas, semua itu kenangan!

Untuk mengimbau kembali kenangan zaman sekolah, Gempak kongsikan beberapa barangan ikonik yang pastinya membuatkan anda tersenyum.

Ini antara yang bakal mengimbau nostalgia sekolah!

#1 Alien Workshop

Cukup sinonim dengan budak sekolah ketika tahun 90-an, jenama ini banyak menghiasi dompet pelajar ketika itu.

Malah, gaya dompet yang menggunakan pelekat untuk dibuka sememangnya trend ketika itu.

Anda pasti sudah terbayang bunyi ketika membuka dompet ini.

Selain itu, disebabkan dompet ini turut dijual di pasar malam, maka ia sangat popular dalam kalangan pelajar lelaki ketika itu.

#2 Tancho Atau Code 10

Tidak kira sama ada gaya rambut anda sikat tepi atau belakang, dua jenama ini antara paling popular.

Sebelum munculnya spray rambut jenama korea atau 'pomade' hipster, dua jenama inilah yang menjadi dambaan para ‘jejaka’ sekolah ketika itu.
Masih ingat lagi bau Tancho dan Code 10? Harus semerbak satu kelas dibuatnya.

Jika berpeluh pula, habis cari menitik ke muka!

#3 Kotak Pensil Video Player VHS

Sebelum wujudnya platform striming, Blu-ray mahupun VCD, VHS adalah pelopor ketika itu.

Masih teringat lagi mak ayah kita pergi ke kedai untuk menyewa VSH ini. Ketika itu harga satu filem VSH bukan murah dan sewa antara cara orang dulu-dulu.

Namun, jika ada yang membeli, masih ingatkan anda kotak VSH ini dijadikan kotak alat tulis.

Siapa pula pernah memasukkan poster atau gambar artis untuk dijadikan ‘cover’ kotak ini?

Jika anda pernah, anda mungkin antara pelajar yang kreatif dan cool ketika itu.

#4 Gaya Seluar ‘Bell Bottom’

Gaya ini memang cukup popular, namun tidaklah diguna pakai oleh semua orang.

Selalunya pelajar yang menggayakannya terdiri daripada pelajar yang berani.

Gaya seluar kembang di bawah itu diinspirasikan daripada trend fesyen zaman retro 70-an dan 80-an.

#5 Telefon Awam

Tahniah jika anda sempat menggunakan alat ini.

Sama ada menggunakan syiling atau kad, kedua-dua itu adalah cara untuk menghubungi seseorang.

Masih teringat lagi mitos yang anda boleh bergayut lama jika menekan butan * dan # secara serentak.

Adakah ia benar berkesan? Mungkin anda saja yang mempunyai jawapan itu.

Sebenarnya banyak lagi kenangan sekolah yang ingin Gempak kongsikan memori zaman sekolah ini.

Pastikan anda terus baca di bahagian kedua!

Sumber Gambar : Izhar Aloha, Nizam, James
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pelajar Tingkatan Dua M*ut Terjatuh Tingkat Lapan Bangunan Sekolah

gempak
19/11/2024
02:25 MYT
Pelajar perempuan Tingkatan Dua ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

gempak
05/11/2024
20:55 MYT
Pelakon, Fatin Afeefa tidak dapat menahan sebak selepas menghantar anak sulungnya, Adam Aisy Arrian menyambung pengajian ke sekolah tahfiz.
Hiburan

Noreen Iman Seru Ibu Bapa Ambil Tahu Aktiviti Anak di Sekolah, Elak Kes Buli

gempak
31/10/2024
03:55 MYT
Noreen atau nama sebenarnya, Norreen Iman Abdullah,30, mahu tindakan itu diambil bagi mengelak anak-anak daripada terlibat dengan kes buli.
Hiburan

Jadi Mangsa Buli, Idan Aedan Pernah Ditendang Empat Pelajar Di Sekolah - “Mungkin Mereka Cemburu“

gempak
30/10/2024
08:55 MYT
Menurut Idan, kejadian itu dikatakan berpunca daripada segelintir pelajar lelaki yang cemburu dengan kebolehannya berbahasa Inggeris dan diminati ramai pelajar perempuan.
Unitar