Sari Yanti, Nora Danish, Ummi Nazeera, Mia Ahmad, Sharnaaz Ahmad, Izara Aishah, Fattah Amin dan Fazura antara selebriti yang selamat mendirikan rumah tangga tahun ini.
Cinta hakiki berakhir di jenjang pelamin. Jadi, kami kongsikan perkahwinan terbaik sepanjang tahun 2017.
Selamat tinggal 2017, hello 2018!
1. Fattah Amin & Fazura
Kisah cinta paling sensasi yang menutup tirai 2017 dengan pengakhiran ibarat kisah dongeng Cinderella.
Bibit cinta Fattah Amin dan Nur Fazura berputik sejak bergandingan dalam drama Hero Seorang cinderella hingga mencetuskan pelbagai spekulasi.
Pasangan itu mendedahkan sah bertunang selepas pulang daripada mengerjakan umrah pertengahan November dan sekali lagi menggemparkan peminat apabila bernikah secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur pada 27 November 2017.
[Baca: Spekulasi Tamat, Fattah Amin & Fazura Sah Bernikah!]
2. Izreen Azminda & Ude
Pelakon Izreen Azminda mencetuskan kontroversi apabila mengakui telah berkahwin dengan seorang pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017.
Pernikahan yang berlangsung di Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu diadakan tanpa pengetahuan isteri pertama Ude, Intan Liana.
Ini merupakan perkahwinan kedua Izreen selepas bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Riza Baharuddin pada 16 Mei 2014.
[Baca: “Saya & Izreen Kahwin 8 Ogos lalu” – Ude, Keyboardist Gegar Vaganza 4]
3. Izara Aishah & Adib Khalid
Sah menjadi menantu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon Izara Aishah selamat disatukan dengan Adib Khalid pada 17 November 2017.
Majlis pernikahan yang berlangsung di Damansara secara tertutup ini mengundang sensasi menerusi kain layah 'roti tisu' rekaan Datuk Rizalman Ibrahim.
[Baca: Tahniah! Izara Aishah & Adib Khalid Selamat Bernikah]
4. Mawar Rashid & Raf Yaakob
Menjadi salah satu majlis perkahwinan epik tahun 2017, pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob selamat diijabkabul pada 9 November 2017.
Sedari Majlis Berinai hingga persandingan di Hotel Royal Chulan dan Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada 1 Disember lalu pasangan itu diraikan umpama legenda Puteri Gunung Ledang.
[Baca: Sekali Lafaz, Mawar Rashid Sah Bergelar Isteri Raf Yaakob]
Paling menarik perhatian pada majlis persandingan Mawar dan Raf ialah dekorasi indah Glam Wedding termasuk kek tergantung yang dihasilkan oleh Ketua Pereka Kek Suka Sucre Bistro.
5. Laudya Cynthia Bella & Engku Emran
Bintang filem kelahiran Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah selamat mendirikan rumah tangga dengan bekas suami aktres jelita Erra Fazira iaitu Engku Emran pada 8 September 2017.
Perkahwinan bersejarah yang menjadi titik penyatuan Malaysia dan Indonesia itu mendapat liputan meluas dan majlis persandingan pasangan itu menjadi paling diingati sepanjang tahun 2017.
[Baca: Engku Emran, Laudya Cynthia Bella Sah Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz]
Laudya kini menetap di Malaysia bersama suaminya.
6. Ummi Nazeera & Dr. Izzar Anwari
Dijadualkan bernikah pada 3 Ogos 2017, Ummi Nazeera mengejutkan peminat dengan pengumuman pernikahan dengan Dr. Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai dalam sebuah majlis tertutup di kediamannya.
Ummi dan Izzar bertunang selepas tiga bulan berkenalan pada Januari 2017.
Majlis resepsi yang mengundang perdebatan netizen menerusi sesi tari-menari itu diadakan di Hotel Shangri-La dan Dewan Bankuet Menara Felda.
[Baca: Hormati Permintaan Keluarga, Ummi Nazeera & Dr. Izzar Nikah 23 Julai]
7. Nora Danish & Nedim Nazri
Selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Nora Danish kembali menjadi isteri kepada duda anak satu, Nedim Nazri pada 30 Mac 2017.
Majlis pernikahan yang diadakan di Seputeh, Kuala Lumpur itu mengundang reaksi kurang senang netizen dengan pakaian Nora yang menjolok mata selain aksi bercium di depan khalayak selepas sah bergelar suami isteri.
Nora yang kini sedang berbadan dua bakal bersalin pada tahun depan.
[BACA: Foto Indah Sekitar Majlis Pernikahan Nora Danish & Nedim Nazri]
8. Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila telah mengikat tali pernikahan pada 21 Mac 2017.
Pasangan itu diraikan dalam majlis bertemakan Inggeris bak raja dan permaisuri di Hotel The Royal Chulan, Damansara.
Majlis bertandang pula diadakan di kediaman Sharnaaz di Pulau Pinang.
[Baca: Sekali Lafaz, Sharnaaz Ahmad Sah Suami Noor Nabila]
9. Jep & Sari Yanti
Bermula daripada 'pick-up line' berlarutan hingga ke jenjang pelamin. Itulah kisah antara pelawak Jep dan pelakon cantik Sari Yanti.
Pasangan Jep dan Sari Yanti mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara.
Perkahwinan itu mencetuskan kontroversi menerusi tampalan plakad 'No Media' pada pintu masuk dewan perkahwinan selain adegan kejar mengejar wartawan televisyen untuk sesi temubual.
Ini merupakan perkahwinan kedua Sari Yanti selepas bercerai dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014.
[Baca: Foto Sekitar Majlis Pernikahan Jep Sepahtu, Sari Yanti]
10. Mia Ahmad & Ahmad Izham Tarmizi
Perkahwinan Mia Ahmad dan Ahmad Izham Tarmizi membuka tirai tahun baru 2017.
Penyatuan bintang drama bersiri Hati Perempuan dan penjaga gol pasukan JDT membawa ke ikatan perkahwinan pada 13 Januari 2017.
Majlis akad nikah Mia dan Izham berlangsung di Villa Sentosa, Taiping, Perak khusus untuk keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.
Resepsi kedua pula berlangsung di Terengganu pada 19 Mac 2017 namun resepsi ketiga di Kuala Lumpur yan dijadualkan pada 22 Mac 2017 terpaksa dibatalkan ekoran jadual yang padat.
[Baca: Mia Ahmad dan Izham Tarmizi Sah Bergelar Suami Isteri]
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari."Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri."Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.