Konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show bakal menyaksikan kesemua peserta akan menyampaikan persembahan bertemakan Mega Dansa.

Menerusi segmen akhir, L U S M atau ‘Level Up Satu Minggu’ telah mengumumkan kesemua peserta mempunyai lagu untuk dibawa ke minggu seterusnya.

Senarai lagu

Berikut merupakan senarai lagu untuk konsert minggu ketiga The Hardest Singing Show.

  1. Aepul Roza - Ghazal Rabiah (Jamal Abdillah & M.Nasir)
  2. Ayda Jebat - Chaiya Chaiya (Dil Se)
  3. Aisha Retno - Sheesh (BabyMonster)
  4. Zizi Kirana - Sherine (Sabry Aalil)
  5. Kaka - Sang Saka Biru (Joe Flizzow, Altimet, SonaOne & Aliff)
  6. De Fam - Black widow (Iggy Azalea ft Rita Ora)
  7. Stacy - Apokalips (M.Nasir)
  8. Putera Muhammad - Pematah Hati (Nabila Razali)

Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.

Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.

Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.

Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show

* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.

* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000

beserta trofi sumbangan Astro.

* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.

* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.

'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.

Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.

Berita Trending: THSS: “Saya Pakai Niqab Untuk Majlis Tertentu” - Zizi Kirana

Berita Trending: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor