Jika dua tahun lalu kisah sebuah Perodua Kancil lusuh yang dibawa seorang lelaki di Pulau Pinang menarik perhatian ramai, namun kejadian berkenaan nampak gayanya kembali berulang.

Walaubagaimanapun, kali ini ia berlaku di sekitar Kepong dan apa yang menariknya kisah Kancil ‘legend’ ini terlebih dahulu viral di platform TikTok.

Sejak beberapa hari yang lalu, orang ramai mula berkongsi video keterujaan mereka terserempak dengan kelibat kereta Kancil tersebut.

Paling mengejutkan, bukan saja kenderaan tersebut tiada berbumbung, malah tayar di hadapannya juga agak teruk.

Susulan kisah Kancil tersebut, kereta berkenaan difahamkan sudah pun disita pihak berkuasa di Kepong, semalam.

Pemeriksaan terhadap pemandu itu mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu, malah kereta itu tidak mempunyai cukai jalan, tiada bumbung dan tayar hadapan sebelah kanannya pecah.

@yonwetwetwet88

Lagu vincenzo cassano baru sesuai..spec mafia punya keta ni??? #kancillegend #kancil #fyp #fypシ #tukarbateri #mayshowa

♬ original sound - YOn Wetwetwet

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, lelaki berusia 47 tahun itu turut menunjukkan sebuah lagi kereta Perodua Kancil berwarna hijau juga tidak mempunyai nombor pendaftaran selain cermin pecah pada bahagian pintu belakang sebelah kiri.

Menurutnya, polis menyita kedua-dua kereta berkenaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak layak untuk berada di atas jalan raya dan membahayakan kepada pengguna yang lain.

"Saman turut dikeluarkan terhadap pemandu itu atas kesalahan tiada lesen memandu," katanya.

Sumber: BERNAMA, TikTok