Berita
Tiada Gejala, Ronaldinho Umumkan Positif Covid 19
Legenda bola sepak Barcelona, Ronaldinho mengumumkan dirinya kini positif Covid 19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, Brazil.
Berita itu disampaikan pesohor berusia 40 tahun tersebut melalui sebuah video yang dimuat naik dalam Instastorynya awal pagi tadi.
"Saya telah melakukan ujian dan hasilnya positif Covid 19. Sebenarnya saya tidak bergejala dan sihat buat masa ini," kata Ronaldinho pada video tersebut.
Ronaldinho berada di Belo Horizonte untuk menghadiri sebuah majlis. Bagaimanapun sebagai mendapat keputusan ujian Covid 19 miliknya positif, beliau membatalkan penampilannya demi memenuhi protokol kesihatan yang telah dibuat.
"Saya telah berada di Belo Horizonte sejak semalam untuk terlibat dalam sebuah majlis. Saya memutuskan untuk tidak terlibat dengan acara ini sebaik keputusan itu positif.
"Saya harap kita akan kembali berjumpa secepat mungkin. Salam sayang dari saya," tambahnya seperti dilaporkan olah AS.
Sebelum memberi khabar dirinya kini positif Covid 19, mantan bintang Brazil itu sempat mengejutkan peminat apabila dimasukkan penjara di Paraguay kerana memasuki negara tersebut menggunakan pasport palsu.
Kredit Foto: AS
Must-Watch Video