Filem

"Tiada Ilmu & Kesedaran Tentang Cara Menguruskan Konflik .." - Punca Utama Kes Keganasan Rumah Tangga Berlaku

gempak
Zulaikha Yusof
23/04/2020
04:10 MYT
Sponsor Banner
"Tiada Ilmu & Kesedaran Tentang Cara Menguruskan Konflik .." - Punca Utama Kes Keganasan Rumah Tangga Berlaku
Tiada ilmu dan kesedaran menguruskan konflik serta emosi adalah punca utama kes keganasan rumah tangga termasuk isu penderaan pasangan atau ahli keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Memetik laporan Awani, Diyana Tahir yang merupakan perunding hubungan kekeluargaan mengakui pihaknya menerima aduan tidak rasmi daripada beberapa pihak mengenai isu berkenaan.
"Faktor utama adalah tiada ilmu dan kesedaran tentang cara menguruskan konflik dan emosi.
"Penderaan dan keganasan rumah tangga bukan tertakluk kepada penderaan fizikal sahaja, malah kata-kata yang menyakitkan hati, kemarahan dan maki hamun sebenarnya memberi impak secara terus kepada manusia.
"Manusia yang selalu kena marah akan mengalami gangguan dalam pemikirannya,” jelas Diyana.
Tambah Diyana masalah tekanan perasaan biasanya menjadi punca utama mendorong kepada perlakuan kasar dalam perhubungan.
"Banyak aduan yang kami terima, macam-macam kisah yang di dengar, yang melibatkan keganasan, penderaan, memaki hamun sehingga menyebabkan anak-anak trauma dan sebagainya.
"Selama ini mereka (mangsa) memang ada masalah dalam rumah tangga cuma ramai orang (mangsa) dia alih perhatian dia dengan kerja dan perniagaan.
"Jadi masa bersama dengan suami (pasangan) itu (terhad), isteri hanya berada di rumah dalam masa dua hingga tiga jam sahaja sehari.
"Tetapi dalam tempoh PKP ini, mereka berada bersama di rumah selama 24 jam, itu yang menyebabkan masalah menjadi semakin besar," tambah lagi.
Diyana turut menasihati agar mangsa keganasan rumah tangga segera melaporkan kepada pihak berkuasa.
"Jika sudah melibatkan penderaan fizikal, sampai terluk, pada saya elok untuk terus laporkan kepada polis atau dapatkan bantuan menerusi Talian Kasih Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) di talian 15999.
"Tidak perlu mengadu kepada kenalan seperti jiran mahu pun ahli keluarga, tetapi terus kepada Talian Kasih atau polis untuk dapatkan bantuan," katanya menutup bualan.
Dalam usaha membantu golongan terbabit, Diyana menganjurkan kelas percuma kepada golongan wanita termasuk ilmu rumah tangga dan penyelesaian konflik menerusi laman web www.kembalibercinta.com.www.kembalibercinta.com.
Apapun, jangan lupa untuk sewa Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula hari ini.
Secara eksklusif Astro Shaw membawakan sebuah filem NKCTHI terus ke pawagam rumah anda.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan tiga adik beradik Angkasa (Rio Dewanto), Aurora (Sheila Dara Aisha) dan Awan (Rachel Amanda).
Mereka mempunyai kisah pilu masing-masing. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Awam jatuh cinta pada Kale. Perubahan Awan disedari oleh bapa mereka, Narendra.
Sebagai seorang ayah yang tegas, Narendra cuba mengawal anaknya. Tindakan tersebut turut memberi tekanan buat Angkasa dan Aurora. Ini mendorong pemberontakan Angkasa, Aurora dan Awan sehinggalah rahsia besar keluarga mereka terbongkar.
Filem ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live