Sejak semalam, kecoh apabila selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah didakwa menerima suntikan vaksin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh Perak.

Perkongsian Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 26, di media sosial itu mengundang kecaman apabila warganet mendakwa dia memotong giliran pengambilan vaksin sekaligus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Malah, ramai yang meminta Eina untuk berkongsi rahsia bagaimanapun permohonan itu dibuat.

Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan mengenai situasi berkenaan.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan KKM, kelayakan pemberian suntikan vaksin kepada pasangan tersebut adalah berdasarkan kepada rujukan oleh doktor pakar yang telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi oleh mereka.

Menurut Pengarah HRPB, Dr Abdul Malek Osman, tiada isu ‘potong barisan’ dalam pemberian suntikan vaksin ini dan pasangan ini telah dimasukkan ke dalam senarai penerima vaksin atas nasihat doktor pakar yang merawat kerana pesakit dikategorikan sebagai golongan yang berisiko tinggi.

“Pasangan ini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV, Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mei 2021,” katanya.