Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah hari ini perkenan untuk tidak mengisyithar darurat di negara ini mahupun mana-mana bahagian di seluruh Malaysia.

YDP Agong turut bertitah ahli politik untuk memberhentikan segala 'politicking' yang boleh menganggu kestabilan negara.

Hasil keputusan mesyuarat Raja-Raja Melayu turut berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab.

Sebaik pengumuman itu dibuat petang Ahad, kata kunci 'Daulat Tuanku' tular di kebanyakan platform utama media sosial, seperti dilaporkan Awani.

Bagi kebanyakan netizen di Twitter, mereka memuji keputusan yang dibuat Al-Sultan Abdullah selepas pertemuan khas Raja-Raja Melayu yang diadakan di Istana Negara pada Ahad.

Menurut mereka keputusan yang dibuat YDP Agong membuktikan bahawa rakyat masih ada tempat bergantung ketika ketidaktentuan politik berlaku di negara ini.

"Daulat Tuanku! Semoga Malaysia akan terus aman, makmur dan berjaya mengharungi detik getir Covid 19 ini dengan semangat bersatu padu dan jayanya," cuit @onlymie78 di Twitter.

"Alhamdulillah. Kekal tenang & bersyukurlah kerana tiada darurat. Daulat Tuanku!," tulis @mohdnashrique pula.






Sebelumnya, menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan rasmi pada Ahad, selepas pertemuan Raja-Raja Melayu di Istana Negara, Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan Ahli-Ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab.

Sumber: Awani