Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan mengenai pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19 minggu depan, kata Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan itu berkata, bagi fasa pertama, ia akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.
Sehubungan itu katanya, satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.
"Kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.
"Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala.
"Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu," katanya pada sidang media pada Khamis.
Khairy menambah, kerajaan mungkin akan melaksanakan protokol yang sama kepada orang ramai sekiranya ia boleh dilaksanakan.
Katanya, beliau juga telah meminta Dr Noor Hisham untuk memanjangkan perkara itu kepada sektor kesihatan swasta jika mereka mahu melaksanakan protokol yang sama.
Sebelum ini, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi, termasuk tiada suntikan dos penggalak diarahkan menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.
Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.
Awani
Thu Feb 17 2022
.png?ext=.png)

Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl

Karaoke Superstar Minggu 4 - Highlight & Komen Juri
Amir Masdi! Otai masih berbisa dan Datuk Yusuf Haslam jadi juri di Episod 4 Karaoke Superstar kali ni guys! Jom enjoy! Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99/bln dan nikmati 60 HARI PERCUMA bila anda daftar secara online di astro.com.my

Musyi Terkejut Kena Serang Wanita Luar Kedai Makan - "Dia Warning Suruh Berhenti Menggatal Dengan Suami ..."
Alamak! Dah kenapa pula tu?
![[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee? [VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/menintai-header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] Usia 25 Tahun, Apa Maksud Lagu 'Mengintai Dari Tirai Kamar' Yang Dirakam Balik Ezad Lazim & Amsyar Lee?
Old school sangat lagu ni ey...