Berita

“Tiada Maklum Balas…”- Fizz Fairuz Buat Laporan Polis

Syafiqah Jalal
16/04/2019
10:04 MYT
Pelakon Datuk Fizz Fairuz membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, pada jam 2 petang tadi.
Menurut laporan BH Online, laporan polis itu dilakukan selepas berakhirnya tempoh 24 jam yang diberi kepada individu di sebalik akaun laman sosial yang didakwa memfitnahnya berkhalwat untuk bersemuka tetapi tidak diendah.
Atas nasihat peguam, Fizz membuat laporan polis dan mengemukakan bukti kukuh untuk diambil tindakan.
“Saya sudah beri tempoh hingga tengah malam tadi kepada individu terbabit untuk tampil bersemuka.
“Saya beri masa hingga tengah hari tadi, namun, tiada maklum balas. Peguam menyarankan saya untuk membuat laporan polis sebagai tindakan lanjut.
“Saya menyerahkan bukti kukuh kepada pihak polis untuk memudahkan siasatan... Kita hanya perlu tunggu dan lihat,” katanya kepada BH Online.
Semalam, Fizz mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram (IG) yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.
Enggan menerima permohonan maaf yang dibuat individu terbabit secara terbuka di media sosial, Fizz dilaporkan mahu bersemuka atau membuat laporan polis jika pemilik akaun IG terbabit gagal berbuat demikian.
Fizz mendakwa individu terbabit adalah dalam kalangan penggiat industri seni.
Pada 7 April lalu, Fizz atau nama sebenarnya, Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, memberi amaran mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan isu khalwat di pulau peranginan itu, baru-baru ini.
Fizz berkata, dia tidak dapat berkongsi butiran lanjut mengenai laporan yang dibuat atas nasihat peguam.
“Soal sama ada akaun terbabit dikendalikan seorang individu atau tidak, semuanya sudah dikongsikan kepada pihak berkuasa,” katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Berita Kehamilan Dicemari Dengan Fitnah Tak Bayar Gaji Staf, Intan Najuwa Tampil Pertahankan Diri - “Mess With Me & You Will Regret It!”

gempak
18/07/2024
23:55 MYT
Baru sahaja berkongsi berita gembira mengenai kehamilan pertamanya, pelakon Datin Intan Najuwa diserang oleh individu tidak dikenali yang mendakwa aktres itu tidak membayar gaji pekerja.
Hiburan

"Lebih 10 Tahun Berkhidmat, Tak Pernah Lihat Pasangan Senyum Sebab Kes Khalwat" - Staf Agensi Agama

gempak
05/07/2024
23:47 MYT
Seorang individu dipercayai kakitangan agensi agama meluahkan rasa hairan apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan seolah-olah gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan khalwat.
Hiburan

Ruhainies Sedih Sebab Dah Kecewakan Peminat Yang Sayangkannya - “Tapi Kes Baru Tertuduh, Belum Dibuktikan Bersalah lagi”

gempak
03/07/2024
23:56 MYT
Pelakon Ruhainies mengakui kes khalwat yang melibatkan dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.
Hiburan

Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

gempak
03/07/2024
08:24 MYT
Pelakon, Puteri Sarah mendapat perhatian netizen selepas meninggalkan komen di hantaran terbaru bekas isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.
Hiburan

Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"

gempak
03/07/2024
05:15 MYT
Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.