Gaya Hidup
Tiada Pengunjung, Zoo Negara Mohon Dana Selamatkan Haiwan
Pihak Zoo Negara memohon sumbangan berbentuk dana bagi menampung kehidupan haiwan-haiwan yang berada di dalam jagaan mereka.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi berita duka itu menerusi satu kicauan.
“Kesian Zoo Negara. Perlukan Dana untuk kelangsungan hidup haiwan dalam Zoo. Bila musim wabak ni takde orang datang. Guys boleh sumbang bantuan untuk haiwan-haiwan dalam zoo Negara,” ujarnya.
Selain sumbangan dana, Zoo Negara turut memperkenalkan kempen haiwan angkat sebagai salah satu usaha bagi memastikan bekalan makanan, perubatan dan pengurusan haiwan di sana dapat diteruskan.
Anda boleh memilih sama ada ingin memberi sumbangan secara sekali atau secara bulanan mengikut pakej yang disediakan.
Individu yang memberi sumbangan akan dihadiahkan e-sijil yang akan turut dicatatkan dengan nama haiwan yang dipilih.
Antara haiwan yang boleh dipilih untuk dijadikan haiwan angkat ialah harimau bintang (Panjang), Singa (Samba), Orang Utan (Ben) dan Gajah (Sibol) dan banyak lagi.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya menyambut baik usaha ini dan ia sekali gus membuatkan mereka turut menderma.
Malah, bagi sesiapa yang menderma, mereka layak mendapat mininum satu tiket percuma dan hanya perlu menunjukkan bukti transaksi sumbangan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pihak Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau menerusi email di [email protected].
Must-Watch Video