gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tanpa Kontroversi, GV11 & Big Stage Alpha Tetap Berjaya Curi Hati Penonton - "Mereka Ajar Kita Erti…"
HIBURAN
Emma Watson Diharamkan Memandu 6 Bulan
HIBURAN
Pentas Utama Musnah Terbakar, Festival Tomorrowland Tetap Diteruskan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Tiada Penyesalan, Suspek Bunuh & Kerat Uswatun Khasanah Siap Menyanyi Lagu 'Sephia' Ketika Soal Siasat

Gempak
Gempak
28/01/2025
00:25 MYT
Sponsor Banner
Tiada Penyesalan, Suspek Bunuh & Kerat Uswatun Khasanah Siap Menyanyi Lagu 'Sephia' Ketika Soal Siasat
Suspek yang membunuh kejam dan mengerat tubuh ibu tunggal Uswatun Khasanah dan disumbat di dalam beg sempat menyanyikan lagu Sephia yang dipopularkan kumpulan Sheila on 7 ketika disoal siasat.
Pihak berkuasa turut menyiarkan secara langsung di TikTok ketika proses siasatan tersebut dibuat.
"Adakah dia isterimu?" soal polis dari unit Jatanras di Madiun yang memberkasnya pada Sabtu.
Pelaku dikenali sebagai Rochmat Tri Hartanto atau Antok, 33, warga Kabupaten Tulungagung, Jawa Timur kemudiannya menjawab 'kekasih gelap' dan hubungan mereka sudah terjalin selama tiga tahun.
Antok kembali menyanyikan dua bait pertama lirik lagu tersebut dan 'live' tersebut disaksikan lebih 6,000 pengguna TikTok.
Siasatan awam mendapati Antok mengaku melakukan pembunuhan kejam itu kerana cemburu dan sakit hati kerana dicurangi.
"Pelaku juga tidak dapat menerima kerana mangsa menyumpah seranah anak perempuannya dan menyerang rumah isterinya yang sah serta memaksanya menceraikan wanita itu," ujar jurucakap polis.
Antok mengaku dia mengerat tubuh Uswatun Khasanah, 29, di sebuah hotel pada Isnin lalu setelah berlaku pertengkaran antara mereka.
Suspek turut membeli sebilah pisau buah di sebuah pasar mini dan tubuh mangsa dikerat kepada tiga bahagian selama lima jam.
Bahagian tubuh itu dimasukkan ke dalam beg merah berukuran 71 sentimeter dan dibuang di Ngawi manakala kepalanya ditemui di wilayah Jurug Bang, Desa Slawe, Kecamatan Watulimo, Kabupaten Trenggalek dan kakinya di Jalan Ponorogo-Magetan, Desa Sampung, Kecamatan Sampung, Kabupaten Ponorogo.
Sumber -Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#Sheila On 7
#Suspek bunuh
#Lagu Sephia
#Uswatun Khasanah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement